10 ciri-ciri yang terdapat pada tembikai

TEKS BAHASA ARAB

في البطيخ عشر خصال: هو طعام وشراب وريحان وفاكهة وأشنان ويغسل البطن ويكثر ماء الظهر ويزيد في الجماع ويقطع الأبردة وينقي البشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

10 ciri-ciri yang terdapat pada tembikai; ia sebagai makanan, minuman, bauan wangi, buah-buahan, ushnan (pokok yang tumbuh di kawasan berpasir dan boleh digunakan untuk membasuh kain dengan tangan), membersihkan perut, memperbanyakkan air tulang belakang, menambahkan (kekuatan) berjimak, menghentikan penyakit sejuk dalaman dan membersihkan kulit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 59, hadis nombor 326. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia dusta sama ada secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) atau secara mawquf (disandarkan kepada sahabat). Hadith tersebut pada dirinya sendiri juga adalah dusta. Nabi SAW tidak mengatakannya, demikian juga Ibn ‘Abbas tidak mengatakannya. Apa-apa yang disifatkan oleh pendusta ini terhadap buah tersebut juga tidak sahih. Tidak ada satu pun hadith sahih berkenaan tembikai.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs