Zulkarnain bukan Alexander The Great

Teks Bahasa Melayu :

Ramai yang menyangka bahawa Zulkarnain adalah Alexander The Great

Status :

Tidak benar

Ulasan :

Syeikh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid berkata dalam kitab beliau Fak Asrar zi al-Qarnain wa Yakjuj wa Makjuj,

“Alexander adalah kafir penyembah berhala, dan dengan itu dia bukan Zulkarnain.”

Imam Ibnu Hajar dalam kitab beliau Fath al-Bari memetik kenyataan Imam Fakh al-Razi yang berkata :

“Zulkarnain adalah seorang Nabi, sedangkan Alexander adalah seorang kafir. Guru Alexander adalah Aristotle dan dia mendengar perintahnya, sedangkan Aristotle adalah kafir.”

Rujukan :

  1. Fak Asrar zi al-Qarnain wa Yakjuj wa Makjuj oleh Syeikh Hamdi bin Hamzah Abu Zaid
  2. Fath al-Bari oleh Imam Ibnu Hajar

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur