Yang paling berani berfatwa di antara kalian adalah orang yang paling berani ke neraka

أَجْرَؤُكُمْ عَلَى الْفُتْيَا أَجْرَئُكُمْ عَلَى النَّارِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Yang paling berani berfatwa di antara kalian adalah orang yang paling berani ke neraka”

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

Imam Al-Darimi di dalam Sunannya jilid 1 m/s 258.

-Imam Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu al-Khafa m/s 50.

-Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Shaghir jilid 1 m/s 1160.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS: 

-Imam Al-’Ajluni menyatakan hadis ini diriwayatkan daripada Ibnu ‘Adi daripada Abdullah bin Ja’far secara mursal.

-Sheikh Husain Salim Asad Al-Darani menyatakan hadis ini mu’dhalm

-Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini Mu’dhal. Ia dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki