Ya Tuhanku, Ini bukan buku amalanku, kerana aku tidak melihat langsung ketaatan ku tercatat di dalamnya

TEKS BAHASA ARAB

 –

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat nanti, seorang hamba itu akan dihadapkan di hadapan Allah dan diserahkan buku amalan kepadanya, namun dia tidak melihat padanya kebaikan langsung, lalu bertanya kepada Allah, Ya Tuhanku, Ini bukan buku amalanku, kerana aku tidak melihat langsung ketaatan ku tercatat di dalamnya. Maka dikatakan kepadanya: Sesungguhnya tuhanmu tidak pernah lupa dan lalai, amalan mu telah terhapus disebabkan umpatan kamu terhadap manusia. Kemudian didatangkan hamba yang lain dan diserahkan kepadanya buku amalannya, maka dia melihat tercatat di dalamnya ketaatan yang banyak. Dia berkata: Tuhanku, adakah ini buku amalanku, kerana aku tidaklah berbuat ketaatan sebanyak yang dicatatkan. Maka dikatakan kepadanya. Ia kerana saudaramu telah mengumpatmu, maka dipindahkan kebaikan yang ada padanya kepadamu.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Berikut adalah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Tim Semakhadis berdasarkan soalan yang ditanya,

Soalan: As salamu alaikum,

Saya cuba untuk semak hadis dibawah ini, namun tiada sebarang
jawaban.

Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan
KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA. Maka, dia bertanya,
“Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini,
sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA.” Maka ALLAH menjawab, “Semua
itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau
KETAHUI.”

Jawapan:

Hadis ini diriwayatkan daripada Saied ibn Jubair daripada Nabi sallalhualaihiwasalam, bersabda:

Pada hari kiamat nanti, seorang hamba itu akan dihadapkan di hadapan Allah dan diserahkan buku amalan kepadanya, namun dia tidak melihat padanya kebaikan langsung, lalu bertanya kepada Allah, Ya Tuhanku, Ini bukan buku amalanku, kerana aku tidak melihat langsung ketaatan ku tercatat di dalamnya. Maka dikatakan kepadanya: Sesungguhnya tuhanmu tidak pernah lupa dan lalai, amalan mu telah terhapus disebabkan umpatan kamu terhadap manusia. Kemudian didatangkan hamba yang lain dan diserahkan kepadanya buku amalannya, maka dia melihat tercatat di dalamnya ketaatan yang banyak. Dia berkata: Tuhanku, adakah ini buku amalanku, kerana aku tidaklah berbuat ketaatan sebanyak yang dicatatkan. Maka dikatakan kepadanya. Ia kerana saudaramu telah mengumpatmu, maka dipindahkan kebaikan yang ada padanya kepadamu.

Hadis dengan lafaz ini tidak ada asalnya di dalam kitab-kitab hadis yang muktabar, namun dilihat dinukilkan di dalam kitab-kitab para Ulama Syiah antaranya Jami al-Akhbar oleh Muhammad al-Sibzawari (ms412). Beliau telah mengambil hadis ini daripada al-Majlisi menerusi kitabnya Bihar al-Anwar (53/258). Begitu juga hadis ini disebut di dalam kitab Jami’ al-Saadat oleh al-Nuraqi (2/236).

Namun, makna hadis ini yang mengisyaratkan bahawa orang yang mengumpat akan dihukum pada hari kiamat dengan dipindahkan pahala dan kebaikannya kepada orang yang diumpatnya, dapat dilihat di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu hurairah, ketika Nabi bertanya kepada Sahabatnya mengenai golongan yang muflis. Para Sahabat menjawab bahawa mereka yang muflis ialah mereka yang tidak mempunyai duit dan harta. Namun Nabi menerangkan bahawa golongan muflis di akhirat ialah mereka yang datang menghadap Allah dengan solat, puasa dan zakatnya. Namun bersamanya dosa umpatan, tuduhan, dan kezaliman sehingga diberikan kesemua pahala dan kebaikannya kepada orang yang dizaliminya. Apabila telah habis dikurangkan pahala tersebut, dia terpaksa menanggung dosa-dosa mereka pula sebelum dihumban ke dalam api neraka. (Sahih Muslim, no: 2581)

 

RUJUKAN

MAKLUMAN

Info ini adalah satu dari hasil penyelidikan yang dibiayai oleh Tabung Pembangunan Koleksi Semakhadis.com. Moga Allah membalasi ganjaran kebaikan kepada para penderma.