Ya Rasulullah! Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ :

Dari Jabir bin ‘Abdullah:

“أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَقَى الْمِنْبَرَ،

Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki mimbar,

فَلَمَّا رَقَى الدَّرَجَةَ الأُولَى ، قَالَ : آمِينَ ،

ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”,

ثُمَّ رَقَى الثَّانِيَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ،

kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”,

ثُمَّ رَقَى الثَّالِثَةَ ، فَقَالَ : آمِينَ ،

kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”.

فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، سَمِعْنَاكَ تَقُولُ : آمِينَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ؟

Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali.

قَالَ : لَمَّا رَقِيتُ الدَّرَجَةَ الأُولَى جَاءَنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،

Baginda menjawab: Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku

فَقَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ رَمَضَانَ ، فَانْسَلَخَ مِنْهُ وَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ ،

lalu dia berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya.

فَقُلْتُ : آمِينَ ،

Lalu aku pun menyebut Amin.

ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ أَوْ أَحَدَهُمَا فَلَمْ يُدْخِلاهُ الْجَنَّةَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ ،

Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin.

ثُمَّ قَالَ : شَقِيَ عَبْدٌ ذُكِرْتَ عِنْدَهُ وَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْكَ ، فَقُلْتُ : آمِينَ” .

Kemudian Jibril berkata: Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin.

الراوي:جابر بن عبدالله
Perawi: Jabir bin Abdillah
المحدث:السخاوي
Ahli Hadis: As-Sakhawiy
المصدر:القول البديع
Sumber: Al-Qaul Al-Badi’
الجزء أو الصفحة:209
Jilid atau halaman: 209
حكم المحدث:حسن
Status oleh Ahli Hadis: Hasan
Disalin dari Hdith.com