Ya Muhammad! Perintahkan umatmu untuk berbekam

ما مررت ليلة أسري بي بملأ من الملائكة إلا قالوا : يا محمد مر أمتك بالحجامة

Aku tidak melewati di hadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra’kan, melainkan setiap dari mereka berkata, “Ya Muhammad! Perintahkan umatmu untuk berbekam”

Status

Hadis Sahih

 

Ulasan

Keratan hadis di atas telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud dan Anas Bin Malik. Hadis ini dinilai sahih oleh Al-Albani. Rujuk Sahih Al-Jami’, hadis no. 5671. Manakala Al-Busiri dalam Misbah al-Zujajah (4/61) menyebut bahawa sanadnya lemah dan hadis ini ada shahid.

Sumber

Hdith.com