Wudhu itu hendaklah diulang kerana darah yang keluar daripada hidung

يُعَادُ الْوُضُوْءُ مِنَ الرُّعَافِ السَّائِلِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Wudhu itu hendaklah diulang kerana darah yang keluar daripada hidung

 

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf maudhu’ (palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ibnu ‘Adi di dalam kitabnya Al-Kamil Fi Ad-Dhu’afa’, jilid 2, m/s 427.
  • Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, jilid 3, m/s 184.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ibnu Adi menyatakan hadis ini tidak terpelihara
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini palsu

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki