Wanita Digantung Rambut Sehingga Mendidih Otak Di Neraka

Teks Bahasa Arab:

و قال علي بن أبي طالب رضي الله عنه : [ دخلت على النبي صلى الله عليه و سلم أنا و فاطمة رضي الله عنها و وجدناه يبكي بكاء شديدا فقلت له : فداك أبي و أمي يا رسول الله ما الذي أبكاك ؟ قال : يا علي ليلة أسري بي إلى السماء رأيت نساء من أمتي يعذبن بأنواع العذاب فبكيت لما رأيت من شدة عذابهن و رأيت امرأة معلقة بشعرها يغلي دماغها و رأيت امرأة معلقة بلسانها و الحميم يصب في حلقها و رأيت امرأة قد شدت رجلاها إلى ثدييها و يداها إلى ناصيتها و رأيت امرأة معلقة بثدييها و رأيت امرأة رأسها رأس خنزير و بدنها بدن حمار عليها ألف ألف لون من العذاب و رأيت امرأة على صورة الكلب و النار تدخل من فيها و تخرج من دبرها و الملائكة يضربون رأسها بمقامع من نار فقامت فاطمة رضي الله عنها و قالت : حبيبي و قرة عيني ما كان أعمال هؤلاء حتى وضع عليهن العذاب ؟ فقال صلى الله عليه و سلم : يا بنية أما المعلقة بشعرها فإنها كانت لا تغطي شعرها من الرجال و أما التي كانت معلقة بلسانها فإنها كانت تؤذي زوجها و أما المعلقة بثدييها فإنها كانت تفسد فراش زوجها و أما التي تشد رجلاها إلى ثدييها و يداها إلى ناصيتها و قد سلط عليها الحيات و العقارب فإنها كانت لا تنظف بدنها من الجنابة و الحيض و تستهزىء بالصلاة و أما التي رأسها رأس خنزير و بدنها بدن حمار فإنها كانت نمامة كذابة و أما التي على صورة الكلب و النار تدخل من فيها و تخرج من دبرها فإنها كانت منانة حسادة ]

[Teks Arab dari Kitab Al-Kabaair, Imam Az-Zahaby]

Teks Bahasa Melayu:

[Hadis Wanita Digantung Rambut Sehingga Mendidih Otak Di Neraka]

‘Di dalam hadis itu diceritakan bahawa Fatimah dan Ali melihat Rasulullah menangis kerana terkenangkan peristiwa isra mikraj kerana di dalam neraka terdapat golongan wanita yang diseksa antaranya rambut mendidih sehingga terkeluar otak kerana tidak tutup aurat, Perempuan yang digantung payudaranya di neraka kerana ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas’

 

Status:

Palsu

Ulasan Pengkaji Hadis

Riwayat ini al-Zahabi sebut di dalam kitab al-Kabair tanpa sanad. Begitu juga Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitab al-Kabair. Pengarang Kitab ‘Uyun Akhbar al-Ridha (kitab syiah) menyatakan sanad bagi hadis ini tetapi sanadnya dipenuhi dengan perawi yang majhul (tidak dikenali) seperti Ali bin Abdullah al-Warraq dan Abdul ‘Azim al-Hasani. Dalam sanadnya juga terdapat perawi bernama Abu Said Sahal bin Ziyad al-Azmi yang merupakan perawi terlalu lemah. Lajnah Fatwa Saudi menyatakan hadis ini palsu.

Sumber:

Kajian Dr. Rozaimi

 

Rujukan:

  1. Al-Kabaair, Az-Zahaby
  2. Al-Kabaair, Al-Haithamy
  3. ‘Uyun Akhbar al-Ridha (kitab syiah)
  4. Fatwa Lajnah Daimah

Lihat juga:

Kajian Ustaz Umar Mansur Ar-Rahimy