Wanita bongkok menandakan umur dunia semakin tua

Teks Bahasa Melayu :

Ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj, malaikat Jibril membawa Nabi s.a.w berjumpa dengan seorang wanita yang sudah tua, bongkok, dan uzur. Jibril memberitahu baginda Nabi s.a.w bahawa wanita tua itu adalah hakikat umur dunia yang bila-bila masa akan tersungkur rebah.

Status :

Palsu

Ulasan :

Ini adalah kisah palsu yang disandarkan kepada baginda.

Untuk mengetahui peristiwa sebenar yang berlaku ketika Isra dan Mi’raj, boleh rujuk kitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Safiyy al-Rahman al-Mubarakfuri.

Rujukan :

  1. Al-Rahiq al-Makhtum

Sumber :

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur