Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban

كانَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ إذا دخَلَ رجبٌ قالَ : اللَّهمَّ بارِكْ لَنا في رجَبٍ وشعبانَ ، وبلِّغنا رمضانَ

Dulu, Rasulullah salla Allah ‘alaihi wa sallam, apabila masuknya bulan Rejab, baginda berkata: “Wahai Tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan bulan Sya‘ban serta kami memohon dapat sampai ke bulan Ramadhan”.

الراوي:أنس بن مالك
Perawi: Anas bin Malik
المحدث:ابن حجر العسقلاني
Ahli Hadis: Ibn Hajar Al-‘Asqalani
المصدر:تبيين العجب
Sumber: Tabyin Al-‘Ajab
الجزء أو الصفحة:19
Jilid atau halaman: 19
حكم المحدث:ضعيف ، وله إسناد [ آخر ] ظاهره الصحة فكأنه موضوع من صنعة أبي البركات السقطي
Status oleh Ahli Hadis: [Ia adalah hadis] lemah, dan terdapat sanad lain untuknya yang pada zahirnya [seolah-olah ia hadis] sahih, boleh jadi ia adalah hadis palsu dari rekaan Abi Al-Barakat Al-Saqti.
Disalin dari Hdith.com oleh Semakhadis.com