Wahai Rasulullah dari apakah (dijadikan) tuhan kita

TEKS BAHASA ARAB

أَبِي هُرَيْرَةَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِمَّ رَبُّنَا؟ قَالَ ” مِنْ مَاءٍ مَرُورٍ لَا مِنْ أَرْضٍ وَلا سَمَاءَ خَلَقَ خَيْلا فَأَجْرَاهَا فَعَرِقَتْ فَخَلَقَ نَفْسَهُ مِنْ ذَلِكَ الْعَرَقِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Abu Hurairah berkata ‘Wahai Rasulullah dari apakah (dijadikan) tuhan kita? Dari air yang mengalir bukan dari tanah dan bukan dari langit, DIA menciptakan sekawanan kuda lalu kuda itu berlarilah, lalu mengeluarkan peluh maka DIA menciptakan diriNYA dari peluh tersebut.’

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Ibn Iraq Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah,

Perawi hadith yang bernama al-Tsalji adalah pereka hadith palsu semoga Allah melaknat diatas perbuatannya (Tanzih al-Syariah 1/134)

Kata Mustafar Mohd Suki,

Imam al-Suyuthi juga menyatakan bahawa hadith ini palsu ( al-La’ie al-Masnu’ 1/11)

RUJUKAN

  • ‘Alī bin Muḥammad, Ibn. ‘Irāq al-Kinani. (1399). Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah ‘an al-Akhbār al-Shanī‘ah al-Mawdū‘ah. (‘Abd al-Wahhāb ‘Abd Al-Laṭīf & ‘Abd Allāh Muḥammad al-Ṣiddīq Al-Ghummārī, Eds.). Bayrūt: Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
  • Muḥammad bin ‘Abd Allāh Al-Zarkashī. (1986). Al-Laāli‘ Al-Manthūrah Fī Al-Aḥādīth Al-Masyhūrah. (Muṣṭafā ‘Abd Al-Qādir ‘Aṭā, Ed.). Bayrut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Tanzih yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!