Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau disisi Allah

TEKS BAHASA ARAB

[حَدِيثُ] مُعَاذٍ سَمِعْتُ رَسُولَ الله يَقُولُ وَأَنَا رَدِيفُهُ وَنَحْنُ نَسِيرُ إِذْ رَفَعَ بَصَرَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي يَقْضِي فِي خَلْقِهِ مَا أَحَبَّ، يَا مُعَاذُ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِمَامُ الْخَيْرِ وَنَبِيُّ الرَّحْمَةِ قَالَ أُحَدِّثُكَ حَدِيثًا مَا حَدَّثَ بِهِ نَبِيٌّ أُمَّتَهُ فَإِنْ أَنْتَ حَفِظْتَهُ نَفَعَكَ عَيْشُكَ وَإِنْ سَمِعْتَهُ وَلم تحفظه انقطت حُجَّتُكَ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ثمَّ قَالَ إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ سَبْعَةَ أَمْلاكٍ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ ثُمَّ خَلَقَ السَّمَوَاتِ فَجَعَلَ لِكُلِّ سَمَاءٍ مَلَكًا قَدْ جَلَّلَهَا عِظَمًا وَجَعَلَ عَلَى بَابِ كُلِّ سَمَاءٍ مِنْهُمْ بَوَّابًا، يَكْتُبُ الْحَفَظَةُ عَمَلَ الْعَبْدِ لَهُ نُورٌ كَنُورِ الشَّمْسِ حَتَّى إِذَا بَلَغَ السَّمَاءَ الدُّنْيَا فَيَقُولُ الْمَلَكُ الْبَوَّابُ اضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَقُلْ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ أَنَا مَلَكُ صَاحِبِ الْغِيبَةِ مَنِ اغْتَابَ النَّاسَ لَمْ أَدَعْ عَمَلَهُ يَتَجَاوَزُ إِلَى غَيْرِي وَيَلْعَنُهُ حَتَّى يُمْسِيَ وَيَقُولُ أَمَرَنِي بِذَلِكَ رَبِّي وَيَصْعَدُ الْمَلَكُ بِالْعَمَلِ الصَّالِحِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ الثَّانِيَةِ قِفْ فَاضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَقُلْ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ إِنَّكَ أَرَدْتَ بِهَذَا الْعَمَلِ عَرْضَ الدُّنْيَا وَأَنَا مَلَكُ صَاحِبِ عَمَلِ الدُّنْيَا لَا أَدَعُ عَمَلَهُ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي أَمَرَنِي بِذَلِكَ رَبِّي وَيَلْعَنُهُ حَتَّى يُمْسِيَ وَيَصْعَدُ الْمَلَكُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مُبْتَهِجًا بِهِ مِنْ صَدَقَةٍ أَوْ صَلاةٍ فَتُعْجِبُ الْحَفَظَةَ فَيَتَجَاوَزُهَا إِلَى السَّمَاءِ الثَّالِثَةِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ قِفْ وَاضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَقُلْ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ أَنَا صَاحِبُ الْكِبْرِ وَقَدْ أَمَرَنِي رَبِّي أَنْ لَا أَدَعَ عَمَلَ مُتَكَبِّرٍ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ يُزْهِرُ كَمَا يُزْهِرُ النَّجْمُ الَّذِي فِي السَّمَاءِ لَهُ تَسْبِيحٌ مِنْ صَوْمٍ وَحَجٍّ فَيَمُرُّ بِهِ عَلَى مَلَكِ السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ فَيَقُولُ لَهُ قِفْ وَاضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَبَطْنِهِ أَنَا مَلَكُ صَاحِبُ الْعُجْبِ بِنَفْسِهِ إِنَّهُ مَنْ عَمِلَ وَدَخَلَ مَعَهُ الْعُجْبُ فَإِنَّ رَبِّي أَمَرَنِي أَنْ لَا أَدَعَهُ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي فَقُلْ لَهُ لَا غَفَرَ اللَّهُ لَكَ وَيَلْعَنُهُ ثَلاثَةَ أَيَّامٍ وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مَعَ الْمَلائِكَةِ كَالْعَرُوسِ الْمَزْفُوفَةِ إِلَى بَعْلِهَا فَيَمُرُّ بِهِ عَلَى السَّمَاءِ الْخَامِسَةِ مِنْ عَمَلِ الْجِهَادِ وَالصَّلاةِ وَلِذَلِكَ الْعَمَلِ زَئِيرٌ كَزَئِيرِ الأَسَدِ عَلَيْهِ ضَوْءٌ كَضَوْءِ الشَّمْسِ فَيَقُولُ لَهُ الْمَلَكُ أَنَا صَاحِبُ الْحَسَدِ اضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ وَاحْمِلْهُ عَلَى عَاتِقِهِ إِنَّهُ يَحْسِدُ مَنْ يَتَعَلَّمُ وَيَعْمَلُ بِمِثْلِ عَمَلِهِ إِذَا رَأَى الْعَبِيدَ فِي الْعَمَلِ حَسَدَهُمْ وَوَقَعَ فِيهِمْ فَيَحْمِلُهُ عَلَى عَاتِقِهِ وَيَلْعَنُهُ مَا دَامَ حَيًّا وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مِنْ صَلاةٍ وَزَكَاةٍ وَحَجٍّ فَتُجَاوِزُ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ السَّادِسَةِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهَا اضْرِبُوا بِهَذَا الْعَمَلِ وَجْهَ صَاحِبِهِ إِنَّهُ كَانَ لَا يَرْحَمُ إِنْسَانًا قَطُّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ أَصَابَهُ بَلاءٌ، بَلْ كَانَ يَشْمَتُ بِهِ.
أَنَا مَلَكُ الرَّحْمَةِ، أَمَرَنِي رَبِّي أَنْ لَا أَدَعَ عَمَلَهُ يحاوزني، وتصعد الْحفظَة بِعَمَل العَبْد بضوء تَامٍّ وَقِيَامٍ كَثِيرٍ فَيَمُرُّ عَلَى مَلَكِ السَّمَاءِ السَّابِعَةِ فَيَقُولُ الْمَلَكُ قِفْ أَنَا صَاحِبُ الْعَمَلِ الَّذِي لِغَيْرِ اللَّهِ اضْرِبْ بِهَذَا الْعَمَلِ جَوَارِحَهُ وَاقْفِلْ عَلَى قَلْبِهِ أَنَا مَلَكُ الْحِجَابِ أَحْجُبُ كُلَّ عَمَلٍ لَيْسَ لِلَّهِ أَرَادَ بِهِ صَاحِبُهُ غَيْرَ اللَّهِ وَأَرَادَ بِهِ الذِّكْرَ فِي الْمَجَالِسِ وَالصِّيتَ فِي الْمَدَائِنِ أَمَرَنِي رَبِّي أَنْ لَا أَدَعَهُ يَتَجَاوَزُنِي إِلَى غَيْرِي مَا لَمْ يَكُنْ لَهُ وَتَصْعَدُ الْحَفَظَةُ بِعَمَلِ الْعَبْدِ مُبْتَهِجًا بِهِ مِنْ حُسْنِ خُلُقٍ وَصَمْتٍ وَذِكْرٍ كَثِيرٍ وَتُشَيِّعُهُ الْمَلائِكَةُ السَّبْعَةُ تُحْمَلُ عَلَيْهِ وَتَصْعَدُ الْحُجُبُ كُلُّهَا حَتَّى يَقُومُوا بَيْنَ يَدي الرب فيشهدوا عَلَيْهِ بِعَمَلٍ خَالِصٍ وَدُعَاءٍ، فَيَقُولُ الرَّبُّ أَنْتُمُ الْحَفَظَةُ وَأَنَا الرَّقِيبُ عَلَى مَا فِي نَفْسِهِ إِنَّهُ لَمْ يَرِدْ بِعَمَلِهِ وَجْهِي فَتَقُولُ الْمَلائِكَةُ عَلَيْهِ لَعْنَتُكَ وَلَعْنَتُنَا، فَبَكَى مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الَّذِي أَعْمَلُ فَقَالَ اقْتَدِ بِنَبِيِّكَ يَا مُعَاذُ فِي النَّبِيِّينَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ وَأَنَا مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ فَقَالَ النَّبِي إِنْ كَانَ فِي عَمَلِكَ تَقْصِيرٌ يَا مُعَاذُ اقْطَعْ لِسَانَكَ عَنْ إِخْوَانِكَ وَلا تُزَكِّ نَفْسَكَ بِوَضْعِ إِخْوَانِكَ وَلا تُرَاءِ بِعَمَلِكَ وَلا تَفْحُشْ فِي مَجَالِسِكَ لِكَيْ يَحْذَرُوكَ السوء خُلُقِكَ وَلا تَتَنَاجَ مَعَ رَجُلٍ وَعِنْدَكَ آخَرُ وَلا تَعْظُمْ عَلَى النَّاسِ فَيَنْقَطِعَ عَنْكَ خَيْرَاتُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَلا تُمَزِّقِ النَّاسَ فَيُمَزِّقَكَ كِلابُ النَّارِ وَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ {وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا} أَتَدْرِي مَا هُوَ قُلْتُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ مَا هُوَ قَالَ كِلابُ النَّارِ تَنْشِطُ اللَّحْمَ وَالْعَظْمَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يُطِيقُ هَذِهِ الْخِصَالَ قَالَ يَا مُعَاذُ إِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ تَعَالَى لَهُ

TEKS BAHASA MALAYSIA

 

Wahai Muaz! Sebenarya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau disisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. [Akan dikemaskini kemudian in sha Allah-semakhadis.com]

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Berikut adalah soalan yang diterima oleh Tim Semakhadis.com.

Imam Abdullah bin Mubarak telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Zuhd
dengan sanad beliau daripada seorang lelaki iaitu Khalid bin Maadan
yang pernah berkata kepada Muaz:

“Wahai Muaz,Ceritakanlah kepadaku sebuah hadith yang pernah Engkau
dengar daripada Rasulullah saw..”

Berkata rawi hadith tersebut iaitu Khalid bin Maadan, lalu Muaz
menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya
Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz bersabda: Aku
mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku:

“Wahai Muaz! Sebenarya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah
hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi
manfaat akan dikau disisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya
dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan
TUHAN pada hari kiamat nanti.

Lalu naiklah malaikat Hafazdah membawa amalan seseorang hamba yang
dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut
mempunyai nur bagaikan cahaya matahari,sehingga apabila malaikat
hafadzah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit pertama. Mereka
menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak, lalu berkata
malaikat penjaga langit itu bagi malaikat Hafadzhah:

“Pukullah dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat
orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafadzah membawa amalan seseorang
hamba.Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat
banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit pertama kerana orang
yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa ghibah)
sehingga mereka sampai ke langit kedua lalu berkata malaikat penjaga
langit kedua itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka
orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan
mendapat keuntungan dunia.Allah telah menyuruhku supaya aku tidak
membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke
atas.Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis
perjumpaan.Akulah malaikat penjaga kebesaran”

Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amal seseorang hamba yang
penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala
sedekah,sembahyang,puasa.Para malaikat Hafadzah merasa hairan melihat
keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi
langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga
maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka
orang yang mengerjakannya.Akulah malaikat takbur.Allah menyuruhku
supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat
melintasiku.Orang ramai itu sangat suka membesarkan diri di dalam
majlis orang ramai”

Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amal seseorang hamba.Amal
itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang
berkelip-kelip.Baginya suara tasbih,sembahyang,puasa,haji dan
umrah.Para Malaikat hafadzah berjaya membawa amalan itu sehingga
sampai ke pintu langit yang keempat.Maka berkata malaikat penjaga
langit keempat itu:

“Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka
orang yang mengerjakannya,belakang dan juga perutnya.Akulah malaikat
ujub.Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub
dapat melintasiku.Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub
terhadap dirinya”

Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amal seseorang hamba
sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah
amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya
(maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga
langit yang kelima:

“Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang
mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya.Akulah malaikat
hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal
seperti amalannya.Ia hasud akan orang lain yang melakukan sebarang
kelebihan dalam ibadat ia juga mencela mereka.Allah menyuruhku supaya
aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku”

Kemudian naik pula malaikat Hafadzah membawa amaln seseorang
hamba.Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada
sembahyang,zakat.umrah,jihad dan puasa.Malaikat Hafadzah berjaya
membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata
malaikat penjaga langit tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang
mengerjakannya kerana ia tiada belas kasihan kepada hamba-hamba Allah
yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan
demikian,Akulah malaikat rahmat.Allah menyuruhku supaya tidak
membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafadzah membawa amalan seseorang
hamba.Amalan itu ialah sembahyang,puasa,nafkah,jihad dan warak.Baginya
bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya
seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga
ribu orang malaikat.Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke
pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit
tersebut:

“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang
yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula seluruh anggota badannya dan
tutuokan ke atas hatinya.Akulah malaikat zikir (zikir disini
bermakna:mencari sebutan,iaitu seseorang beramal dengan tujuan supaya
disebut-sebut orang lain).Aku akan menghalang amalan orang yang
riya’ dari sampai kepada Tuhanku.Ia beramal bkan kerana mencari
keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang
tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut dikalangan para ulama
dan supaya masyhur namanya di merata tempat.Allah menyuruhku supaya
tidak membiarkan amalan orang yang riya’ itu melintasi aku,kerana
setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riya’ dan Allah tidak akan
menerima amalan orang yang riya’”

Kemudian naik pula malaikat Hafadzah dengan amalan seseorang
hamba.Amalan itu berupa sembahyang,zakat,puasa,haji,umrah,akhlak
mulia,banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak
berzikir.Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh
petaja langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai
kepada Allah.Para malaikat itu berhenti dihadapan Allah dan bersaksi
dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman
kepada para malaikatNYA:

“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKU ini dan sebenarnya
Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya.Ia sebenarnya tidak
menghendaki akan Aku dengan amalannya tersebut.Ia hanya menghendaki
sesuatu yang lain daripadaKU oleh kerana itu maka AKU turunkan ke
atasnya akan laknatKU.”

Lalu para malaikat tadi berkata:

“Ke atasnya laknatMU dan juga laknat kami”.Lalu melaknat akan dia
oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah saw ini lalu Muaz menangis seraya berkata:

“Engkau adalah Rasulullah saw sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah
yang bukan rasul).Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera?.Lalu
Rasulullah saw menjawab:

“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit
amalan.Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu
yang membaca Al-Quran (golongan ulama) dan pertanggungkanlah segala
dosamu ke atasmu dan jangan engkau pertanggungkan dosamu ke atas
mereka dan janganlah engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula
engkau mencela orang lain dan jangan engkau campurkan urusan dunia di
dalam urusan akhirat.Dan jangan engkau menyombongkan diri di dalam
majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan
jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada
disisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus
daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat.Dan jangan engkau
carikkan (pecah-belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh
anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti.Allah telah
berfirman:

“Demi yang mencari akan carikkan” (surah An-Nazia’t:2)

Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu?
Muaz bertanya: “Ya Rasulullah,sebenarnya siapa mereka?”

Lalu Nabi saw menjawab:

“Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan
mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang”

Muaz berkata:

“Ya Rasulullah,siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara
yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada
seksaan itu?”

Nabi saw menjawab:

“Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “maka aku tidak pernah
melihat seseorang yang banyak membaca Al-Quranul Karim lebih daripada
Muaz kerana beliau faham terhadap hadith yang besar ini”

-Hadith ini riwayat Ibnul Mubarakdi dalam kitab Ai-Zuhd dan riwayat
Ibnul Jauzi di dalam kitab Al-Maudhu’at (lihat Takhrij Al Iraqi,Ihya
Ulumuddin 3/295)-

minta penjelasan status hadis ni…
syukran

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan jawapannya,

Soalan: Hadis mengenai ancaman orang yang mengumpat dicampakkan kembali amalannya ke muka

Jawapan: Hadis dengan lafaz ini disebut oleh al-Munzirī dengan menyandarkannya kepada ibn Mubārak, Ibn Hibbān dan al-Hākim (1/39). Status hadis ini telah dinilai palsu oleh beberapa ulama antaranya al-Munzirī, Ibn Jauzī (3/155), Al-Suyūṭī (2/284), dan Ibn Iraq al-Kinani (2/289).

Al-Munzirī menerusi komentarnya terhadap riwayat ini telah berkata : “Ciri-ciri kepalsuan terlihat secara jelas pada riwayat ini menerusi kesemua jalurnya dan meliputi seluruh lafaznya” (1/40).

RUJUKAN
  • Zakiyy al-Dīn al-Munzirī (1996), Al-Targhīb wa al-Tarhīb, Beirut, Dār al-Kutub al-Ilmiyah.
  • Jamal al-Dīn ibn Al-Jauziy, al-Maudhu’āt (1996), Madinah Munawwarah, Maktabah Salafiyah.
  • Jalal al-Dīn al-Suyūṭi, Al-āli al-Masnū’ah fi al-Ahādīth al-Maudhū’ah, (1996), Beirut, Dār al-Kutub al-Ilmiyah.
  • Nur al-Dīn Ibn Irāq al-Kinani, Tanzih al-Syarīah fi al-Ahādīth al-Maudhū’ah, (1399h), Beirut, Dār al-Kutub al-Ilmiyah.
MAKLUMAN

Penyelidikan ini telah biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Lihat Projek Semak Hadis untuk himpunan soal jawab status hadis.