Wahai manusia, sesungguhnya telah ada satu bulan yang agung telah menaungi kalian, bulan yang mengandungi malam yang lebih baik daripada seribu bulan

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيْمٌ ، شَهْرٌ فِيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، جَعَلَ اللهُ صِيَامَهُ فَرِيْضَةً، وَقِيَامَ لَيْلَةٍ تَطَوُّعاً ..الخ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallambersabda:

Wahai manusia, sesungguhnya telah ada satu bulan yang agung telah menaungi kalian, bulan yang mengandungi malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Allah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai kewajipan, dan qiyamulail pada malam harinya sebagai tathawwu’ (sunnah)…

 

DARJAT HADIS

  •  Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ibnu Abi Hatim di dalam kitabnya Al-’Ilal,  m/s 249.
  • Imam Al-Syaukani di dalam kitabnya Al-Fawaid Al-Majmu’ah,  m/s 439.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Al-Syaukani menyatakan hadis ini mungkar
  • Sheikh Al-Albani menyatakan bahawa hadis ini juga mungkar

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki