Wahai (Kekasihku) Muhammad tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do’a ini

TEKS BAHASA ARAB

[tiada]

TEKS BAHASA MALAYSIA

Wahai (Kekasihku) Muhammad tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do’a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku, Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara …

STATUS

Tidak ditemui asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini telah ditanya di laman Facebook Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith. Berikut adalah jawapan yang diberikan,

Saya ditanya tentang status hadis di bawah ini:

Dari Habib Husein bin Abu Bakar Ba’Abud :

DO’A SELAMAT DARI MATI MENDADAK. CUKUP DIBACA SEKALI SEUMUR HIDUP. MARI KITA BACA SEKARANG JUGA !
Do’a keselamatan dari kematian mendadak.
Di riwayat kan dari Rasululloh saw, bahwasanya Alloh swt berfirman: Wahai (Kekasihku) Muhammad tidak ada seorang pun dari Ummat Mu yang membaca do’a ini walaupun sekali dalam umur nya kecuali dengan kemulyaan dan keagungan Ku, Aku akan menjamin untuk nya tujuh perkara:
1: aku akan angkat kefakiran dari nya.
2: aku akan amankan dia dari pertanyaan Mungkar dan Nakir.
3: aku akan tuntun jalan nya di Shirat
4: aku akan menjaga nya dari kematian mendadak
5: aku akan haramkan neraka atasnya
6: aku akan menjaga nya dari himpitan kubur
7: aku akan melindungi nya dari kemurkaan raja yang jahat dan dzalim
Berikut Ini Do’anya :

لَا اِلـهَ اَلٌَااللٌَهُ اَلْجَلِیْلُ الْجَبٌَارُ،لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهٌَارُ،لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَرِیْمُ السٌَتٌَارُ، لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ الْکَبِیّرُ الْمُتَعَالُ، لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ، لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریْکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُوْنَ، لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ قَانِتُوْنَ، لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَریکَ لَهُ اِلَهًا وَاحِدًا رَبًٌا وَ شَاهِدًا اَحَدًا وَصَمَدًا وَنَحْنُ لَهُ صَابِرُوْنَ، لَا اِلهَ اِلاّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، اللَّهُمَّ اِلَیْکَ فَوٌَضْتُ اَمْری، وَعَلَیْکَ تَوَكَّلْتُ يَا اَرْحَمَ الرٌَاحِمٍیْنَ.
اللَّهُمَّ صَلٌِ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما صَلٌَیْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ، وَبَارِکْ عَلَى مُحَمَّدٍ وآلِ مُحَمَّدٍ كَما بَارَکْتَ عَلَى اِبْرَاهِیْم وَآلِ اِبْرَاهِیْم فِي الْعالَمينَ اِنٌَکَ حَمِیْدٌ مَجِیْدُ.

Laa ilaha illal lohul jaliilul jabbar,
Laa ilaha illal lohul wahidul qohar,
Laa ilaha illal lohul kariimus sat tar,
Laa ilaha illal lohul kabiirul mutta’al
Laa ilaha illal lohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahul muslimuun,
Laa ilaha illal lohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu aabiduun,
Laa ilaha illal lohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu koonituun,
Laa ilaha illal lohu wahdahu laa syarii ka lahu ilahan wahidan robban wa syaahidan ahadan wa shomadan wa nahnu lahu shoobiruun,
Laa ilaha illal lohu muhammadar rosululloh,
Allohumma fawadh’tu amrii,wa alaika tawak kaltu ya arham mar rohimiin,
Allohumma sholi ala muhammad wa ali muhammad kamma sholaita ala ib’rohiim wa ali ib’rohiim innaka hamiidum majiid,
Wa barik ala muhammad wa ali muhammad kamaa barokta ala ib’rohiim wa ali ib’rohiim fil aalamiina innaka hamiidum majiid.

Dengan izin Alloh swt, maka sebarkan lah agar bermanfa’at bagi teman,rekan sahabat dan kerabat anda
Wassalam.

Jawapan saya:

Ia tidak ditemui asalnya. Petanda palsu padanya jelas apabila mengandungi mujazafah iaitu ganjaran yang terlalu besar bagi amalan yang sedikit. Moga kita tidak menyandarkannya kepada Nabi sallallah alaih wasallam. Pesan Nabi:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Maksudnya: sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka tunggulah tempatnya di neraka.

Tidak salah berdoa namun menjanjikan ganjaran yang spesifik dan menyandarkannya kepada Nabi sallallah alaih wasallam secara dusta adalah dosa besar.

RUJUKAN

 

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Arkib Kajian Tim Dr. Rozaimi yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!