Wahai Jibril, sebutkanlah untukku sifat neraka juga sebutkan pula tentang Jahannam

يَا جِبْرِيْلُ صِفْ لِي النَّارَ، وَانْعَتْ لِي جَهَنَّم فَقَالَ جِبرِيْلُ إِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالىَ أَمَرَ بِجَهَنَّمَ فَأُوْقَدَ عَلَيْهَا أَلْفَ عَامٍ حَتَّى ابْيَضَّتْ، ثُمَّ أَمَرَ بِهَا فَأُوْقِدَ عَلَيْهَا أَلْفَ عَامٍ حَتَّى احْمَرَّتْ، ثُمَّ أَمَر فَأُوْقِدَ عَلَيْهَا أَلْفِ عِامٍ حَتَّى اسْوَدَّتْ فَهِيَ سَوْدَاْءُ مُظْلِمَة

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallambersabda:

Wahai Jibril, sebutkanlah untukku sifat neraka juga sebutkan pula tentang Jahannam. Jibril menjawab: Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan kepada neraka jahanam untuk dinyalakan apinya selama seribu tahun hingga warnanya menjadi putih, kemudian memerintahkan kepada neraka untuk dinyalakan apinya selama seribu tahun hingga warnanya menjadi merah, lalu memerintahkan untuk dinyalakan hingga warna apinya menjadi hitam, hitam yang sangat pekat….”

DARJAT HADIS

  • Hadis ini bertaraf Dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Munziri di dalam kitabnya Al-Taghib wa Al-Tarhib, jilid 4, m/s 226.
  • Imam Ibnu Hajar Al-Haithami di dalam kitabnya Majma’ al-Zawaid, jilid 10, m/s 387.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ibnu Hajar Al-Haithami menyatakan hadis ini dhaif.
  • Imam Al-Hafiz Al-Munziri menyatakan hadis ini dhaif.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki