Ukasyah ingin memukul Nabi Muhammad

Teks Bahasa Melayu :

Nabi s.a.w berkhutbah sebelum beliau wafat dan memberikan peluang kepada sesiapa yang pernah terasa dizalimi oleh baginda untuk datang menuntut haknya dari baginda. Lalu Ukasyah bangun dan ingin menuntut haknya. Katanya Nabi s.a.w pernah mengangkat kayu penyebat untanya lalu terkena bahagian belakang Ukasyah. Lalu dipendekkan cerita Nabi s.a.w menyuruh Bilal mengambil kayu tersebut supaya dapat digunakan Ukasyah untuk membalas qisas tersebut.

Nabi s.a.w membuka bajunya supaya dapat diqisas oleh Ukasyah namun tiba-tiba Ukasyah membuang kayu tersebut lalu memeluk badan baginda Nabi s.a.w lalu menyatakan sebenarnya semua ini adalah supaya badannya dapat bersentuhan dengan badan baginda Nabi s.a.w

Nabi s.a.w kemudian menyatakan, “Ketahuilah bahawa siapa yang ingin melihat penghuni syurga, maka lihatlah Ukasyah.”

Status

Palsu

Ulasan

Imam Ibn al-Jauzi menyatakan cerita ini palsu. Begitu juga Imam al-Suyuti.

Rujukan

  1. Al-Maudhuat oleh Ibn al-Jauzi
  2. Al-Laali al-Masnuah oleh Al-Suyuti