Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China

اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tuntutlah ilmu  walaupun sampai ke negeri China”

 

DARJAT HADIS

 -Hadis ini bertaraf maudhu (palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ibnu  Adi di dalam kitabnya Al-Kamil Fi Ad-Dhuafa’, jilid 2, m/s 207.
  • Imam Ibnu Abdil Barr di dalam kitabnya Jami’ Al-Bayan, hadis no: 22.
  • Imam Al-Khathib Al-Baghdadi di dalam kitabnya Tarikh Al-Baghdad, jilid 9, m/s 369.
  • Imam Ibnu Jauzi di dalam kitabnya Al-Maudhuat, hadis no: 427.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Ahmad, ketika beliau ditanya tentang hadis ini beliau sangat mengingkarinya.
  • Imam Ibnu Hibban menyatakan hadis ini bathil tidak ada asalnya.
  • Imam Ibnul Jauzi memasukkan hadis ini dalam kumpulan hadis-hadis palsu.
  •  Imam Al-Bazzar menyatakan pada asalnya ia bukanlah hadis.
  • Imam Al-Baihaqi menyatakan matannya masyhur akan tetapi seluruh sanadnya dhaif.
  • Sheikh Al Albani menghukum hadis ini sebagai hadis yang bathil.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki