Tuntutlah ilmu walau ke negara China

اطلُبُوا العِلْمَ ولو بالصِّينِ

Tuntutlah ilmu walau ke negara China

Sumber: Kasyf Al-Khafa’ Jilid/halaman: 1/154
Status: Dhaif (Lemah) Pengkaji Hadis: Al-‘Ajluni

Komentar Pengkaji Hadis:
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Al-Khatib, Ibn Abdilbar, Al-Dailami dan selain mereka dari Anas sedangkan ianya dhaif. Bahkan Ibn Hibban berkata; ia batil.
Ibn Al-Jawzi juga menyebutnya dalam kitab Al-Maudu’at (Kitab himpunan hadis-hadis palsu).
Dan diambil dari pendapat Al-Hafiz Al-Mizzi, bahawa bagi hadis ini terdapat jalan-jalan yang kemungkinan keseluruhannya boleh menaikkan tarafnya ke peringkat “hasan”. Manakala Al-Zahabi menyebut dalam Talkhis Al-Wahiyah, “Ia diriwayatkan dari pelbagai jalan yang lemah dan sebahagiannya “soleh” (baik).
Dan Abu Ya’la meriwayatkan dari Anas dengan lafaz “اطلبوا العلم ولو بالصين” sahaja.
Dan diriwayatkan oleh Ibn Abdilbar juga dari Anas dengan sanad yang terdapat padanya “Kazzab” dengan lafaz “اطلبوا العلم ولو بالصين؛ فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم، وإن الملائكة لتضع أجنحتها لطالب العلم رضًا بما يطلب”.

Rujukan:
Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk buku 40 Hadis Palsu Popular oleh Abdul Razak Muthalib