Tidaklah seorang wanita yang mengalami haidh kecuali haidhnya itu merupakan

TEKS BAHASA ARAB

ما من امرأة تحيض إلا كان حيضها كفارة لما مضى من ذنوبها، وإن قالت عند حيضها الحمد الله على كل حال، وأستغفرك من كل ذنب، كتب لها براءة من النار، وأمان من العذاب

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah seorang wanita yang mengalami haidh kecuali haidhnya itu merupakan kaffarah kepada dosa-dosanya yang lain. Apabila dia membaca ketika di dalam haidhnya ‘Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan, dan aku memohon keampunanMu daripada segala dosa’, maka ditulis untuknya pembebasan daripada neraka dan terselamat daripada azab.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini telah ditanya di laman Facebook Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith. Berikut adalah jawapan yang diberikan,

Saya ditanya mengenai hadith di bawah:

salam ustaz. betulke. fadhilat doa. ini. mngatkaan jika dibaca oleh wanita haid akan dapat pahala beribadat/zikir sepanjang haid

Allahumma A’la kuli hallin wa astaghfiruka min kulkin zanbin

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Riwayat ini dinukilkan dalam Durratun Nasihin daripada ‘Aisyah r.a:

ما من امرأة تحيض إلا كان حيضها كفارة لما مضى من ذنوبها، وإن قالت عند حيضها الحمد الله على كل حال، وأستغفرك من كل ذنب، كتب لها براءة من النار، وأمان من العذاب.

Tidaklah seorang wanita yang mengalami haidh kecuali haidhnya itu merupakan kaffarah kepada dosa-dosanya yang lain. Apabila dia membaca ketika di dalam haidhnya ‘Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan, dan aku memohon keampunanMu daripada segala dosa’, maka ditulis untuknya pembebasan daripada neraka dan terselamat daripada azab.

Dalam Durratun Nasihin, cetakan Darul Arqam, m/s 51, pentahqiq kitab ini menyatakan: Kami tidak menemui asal riwayat ini dalam kitab-kitab hadis, sebaliknya ia adalam kalam golongan qussas.

Dalam Ensiklopedia Hadis di bawah seliaan Al-Shaikh ‘Alawi bin Abdul Qadir al-Saqqaf dinukilkan bahawa ia palsu. [ http://www.dorar.net/spreadH/160 ]

Dr. Abdul Hayyi Yusof dari Universiti Khartoum berkata:

فهذا كلام سمج باطل مردود، لا يليق أن يُنسَب إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، وفيه من المجازفات شيء كثير، وأمارات الوضع عليه ظاهرة، ولا يجوز التحديث به ولا روايته إلا لبيان كذبه، والعلم عند الله تعالى

Ini merupakan kalam yang sangat hodoh, bathil dan tertolak. Ia tidak boleh dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. Padanya bahaya yang banyak. Petanda kepalsuannya sangat jelas. Tidak boleh menyampaikannya dan meriwayatkannya kecuali untuk menerangkan kepalsuannya. Ilmu itu di sisi Allah. [ http://meshkat.net/old/node/17173 ]

Oleh kerana hadis ini wujud dalam kitab Durratun Nasihin, maka elok jika kita mengambil sedikit maklumat berkaitan kitab ini:

Al-Shaikh Ibn Baz berkata:

هذا الكتاب لا يعتمد عليه، وهو يشتمل على أحاديث موضوعة وأحاديث ضعيفة لا يعتمد عليها

Kitab ini tidak boleh berpegang kepadanya. Isi kandungannya merangkumi hadis-hadis palsu dan hadis-hadis dhaif yang tidak boleh dijadikan pegangan. [Rujuk http://www.binbaz.org.sa/fatawa/388 ]

Markaz Fatwa Islamweb.net menyebutkan:

فالذي ننصح به هو عدم قراءة هذا الكتاب إلا للبصير الذي يميز بين الصحيح والسقيم، وما يمكن أن يعمل به، وما لا يمكن أن يعمل به، وننصح أيضاً بعدم قراءته على الناس بحجة ما فيه من الترغيب والترهيب والوعظ وتزكية النفوس لأن في الكتاب والسنة الصحيحة ما يكفي في هذا الباب ولله الحمد.

Nasihat yang ingin kami sampaikan ialah menjauhi daripada membaca kitab ini kecuali kepada mereka yang berilmu yang dapat membezakan antara yang sahih dan cacat, dan dapat membezakan apa yang boleh diamalkan dan yang tidak boleh diamalkan. Kami jua menasihati agar tidak dibacakan kitab ini kepada manusia atas alasan ia mengandungi galakan berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, nasihat, penyucian jiwa; ini kerana pada al-Quran dan hadis-hadis yang sahih sudah cukup menerangkan hal ini.

Wallahua’lam.

Pesanan: Kami bukan menghalang orang berzikir, tetapi kami mengingatkan bahawa menyatakan zikir ini untuk orang haidh etc etc adalah satu bentuk pensyariatan. Jika tidak nanti semua manusia akan mereka cipta zikir khas untuk orang haidh, orang suci, orang bujang, orang dah kahwin, duda, janda etc. Apa jadi kepada agama jika benda ini dibiarkan?

Ulama ijma’ bahawa wanita haidh dibenarkan berzikir. Amalkanlah zikir-zikir ma’thur yang ada dalam sunnah, sebarkanlah hadis sahih, usah sebarkan amalan yang tak diketahui puncanya.

RUJUKAN

 

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Arkib Kajian Tim Dr. Rozaimi yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!