Tidaklah ada buah delima kecuali akan dikacukkan dengan benih delima syurga

TEKS BAHASA ARAB

مَا مِنْ رُمَّانٍ إلا وَيُلَقَّحُ بِحَبَّةٍ مِنْ رُمَّانِ الْجَنَّةِ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidaklah ada buah delima kecuali akan dikacukkan dengan benih delima syurga

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَنَحْنُ نُنَبِّهُ عَلَى أُمُورٍ كُلِّيَةٍ يعرف بِهَا كَوْنُ الْحَدِيثُ مَوْضُوعًا:

Dan kami berikan amaran terhadap perkara-perkara umum [yang melaluinya] dikenali dengannya keadaan hadis yang palsu. (Di dalam buku ini akan dijelaskan beberapa ciri umum hadis palsu.)[1]

وَمِنْهَا سَمَاجَةُ الْحَدِيثِ وَكَوْنُهُ مِمَّا يُسْخَرُ مِنْهُ كَحَدِيث

Antara ciri hadis palsu juga adalah kandungan hadis yang kasar dan mengundang celaan daripada orang yang mendengarnya.[2] …

Selepas menyebutkan ciri-ciri ke-3 untuk mengenali hadis palsu, seterusnya beliau menyebut beberapa contoh antaranya,

مَا مِنْ رُمَّانٍ إلا وَيُلَقَّحُ بِحَبَّةٍ مِنْ رُمَّانِ الْجَنَّةِ

“Tidaklah ada buah delima kecuali akan dikacukkan dengan benih delima syurga.”[3]

 


[1] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 50.
[2] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 54.
[3] Direkodkan oleh Ibnu ‘Adi di dalam al-Kamil (2287), dan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/131), beliau berkata: Tidak sahih.

RUJUKAN

  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 55.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 48.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!