Tidaklah Abu Bakar itu lebih utama daripada kalian kerana banyaknya berpuasa atau solat

مَا فَضَّلَكُمْ أَبُوْ بَكْرٍ بِكَثْرَةِ صِيَامٍ وَلاَ صَلاَةٍ ، وَلَكِنْ بِشَيْءٍ وَقَرَ فِي صَدْرِهِ

 Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tidaklah Abu Bakar itu lebih utama daripada kalian kerana banyaknya berpuasa atau solat, tetapi dia lebih utama kerana sesuatu yang teguh dalam dadanya”

DARJAT HADIS

  • Hadis ini bertaraf tidak ada asalnya

 

 KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Sheikh Ali Al-Qari di dalam kitabnya Al-Asrar Al-Marfu’ah, m/s 452.
  • Imam Ibnu Al-Qayyim di dalam kitabnya Al-Manar Al-Munif, m/s 246.

 

 KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi menyatakan bahawa beliau tidak menjumpai sanad hadis ini yang bersambung kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
  • Imam Al-Sakhawi menyatakan beliau juga tidak menjumpai sanad yang sahih.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini tidak ada asalnya daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki