Tidak akan sia-sia orang yang beristikharah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah, dan tidak akan sengsara orang yang cermat

مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَ ، وَلاَ نَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Tidak akan sia-sia orang yang beristikharah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah, dan tidak akan sengsara orang yang cermat”

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf maudhu’ (palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Sakhawi di dalam kitabnya Al-Maqasid Al-Hasanah, m/s 579.
  • Imam Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu al-Khafa’, m/s 398.
  • Sheikh Ali Qari  di dalam kitabnya Al-Asrar Al-Marfu’ah, m/s 195.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Al-’Ajluni menyatakan sanad hadis ini terlalu dhaif.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini palsu

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki