Tiap-tiap anak diperanakkan di atas agama

 BAHASA ARAB

كل مولود يولد على الفطرة حتى يعرب عن لسانه فأبواه يهو دانه أو ينصرانه أو يمجسانه

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiap-tiap anak diperanakkan di atas agama mula kejadiannya hingga menyatakan daripada lidahnya, maka dua ibu bapanya membawa akan dia ke Yahudi atau ke Nasrani atau ke Majusi.

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Saudara Mazlan Sidek dalam kajian beliau,

Hadith Ketujuh:

” قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

(( كل مولود يولد على الفطرة حتى يعرب عن لسانه فأبواه يهو دانه أو ينصرانه أو يمجسانه ))”

Tiap-tiap anak diperanakkan di atas agama mula kejadiannya hingga menyatakan daripada lidahnya, maka dua ibu bapanya membawa akan dia ke Yahudi atau ke Nasrani atau ke Majusi.

Takhrij Hadith:

  • Imam Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Iman, Bab al-Fitrah, Fasl Dhikr Khabar Awham man lam Yahkum Sana’ah al-Hadith…, jil. 1, hal. 171, no. 132.
  • Ahmad bin al-Husayn bin ‘Ali bin Musa Abu Bakr al-Bayhaqi (1994M), al-Sunan al-Kubra, Tahqiq: ‘Abd al-Qadir ‘Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Kitab al-Luqatah, Bab al-Walad Yattabi Abawaih fi al-Kufr faidha Aslam Ahaduhuma Tabi’ah al-Walad fi al-Islam, cet. 1, jil. 6, hal. 333, no. 12143[1].

Ulasan Serta Hukum Hadith:

Hadith ini adalah sahih. Ianya datang dalam pelbagai tariq dengan sedikit perbezaan pada lafaznya sama ada penambahan atau pengurangan, tariq-tariq ini saling menguatkan di antara satu dengan yang lain.


[1] Hadith syahid, lihat Ahmad bin al-Husayn bin ‘Ali bin Musa Abu Bakr al-Bayhaqi (1994M), al-Sunan al-Kubra, Tahqiq ‘Abd al-Qadir ‘Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Il,iyyah, Kitab al-Luqatah, Bab al-Walad Yattabi’ Abawayh fi al-Kufr fa idha Aslam Ahaduhuma Tabi’ah al-Walad fi al-Islam, jil.6, hal. 333, no. 12139, 12140, 12141, 12142, 12145.

RUJUKAN

Sidek, Mazlan (2004) Hadis dalam kitab al-Durr al-Thamin karangan Syeikh Daud al-Fatani : takhrij dan analisis Mazlan Sidek. Masters thesis, University of Malaya, hal. 139-140.

Daud bin Abdullah al-Fathani. (2017). الدر الثمين Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah) Pada Menyatakan I’tiqad Segala Orang Yang Mu’minin. (Noraine Abu & Mashadi Masyuti, Eds.). Batu Caves, Selangor: Al-Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, hal. 57.

MAKLUMAN

Hasil penyelidikan ini telah dimasukkan disini melalui Projek Al-Durr Al-Thamin yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!