Telah dibawa kepada Umar bin Al-Khattab satu kes hudud, lalu dibawalah sebatang rotan

أُتِيَ عمرُ بنُ الخطابِ في حدٍّ فأُتِيَ بسوطٍ فهزَّهُ فقال ائتوني بسوطٍ ألْيَنَ من هذا فأُتِيَ بسوطٍ آخرَ فقال ائتوني بسوطٍ أشدَّ من هذا فأُتِيَ بسوطٍ بين السوطيْنِ فقال : اضرب ولا يرى إِبْطَك وأعطِ لكلِّ عضوٍ حقَّهُ

Telah dibawa kepada Umar bin Al-Khattab satu kes hudud, lalu dibawalah sebatang rotan lalu beliau mengoyangnya lalu beliau berkata, “Bawakan aku sebatang rotan yang lebih lembut dari yang ini”. Lalu dibawalah sebatang rotan yang lain lalu beliau berkata, “Bawakan aku sebatang rotan yang lebih keras dari yang ini”. Lalu dibawalah sebatang rotan yang diantara kedua-duanya (yang sedang-sedang). Lalu beliau berkata, “Pukullah (Sebatlah) dan jangan sampai terlihat ketiakmu dan berikan setiap anggota (badan) haknya”.

الراوي : عبدالرحمن بن مل النهدي أبو عثمان

Perawi: Abdurrahman bin Mulla An-Nahdi, Abu Uthman

  المحدث : ابن حزم

Ahli Hadis: Ibn Hazm

  المصدر : المحلى

Sumber: Al-Muhalla

الصفحة أو الرقم: 11/171

Halaman atau no.: 11/171

خلاصة حكم المحدث : صحيح

Kesimpulan Status oleh Ahli Hadis: Sahih

Disalin dari Durar As-Saniyyah