Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai Khalil (kekasih). Dan kekasih aku adalah Uthman

TEKS BAHASA ARAB إن لكل نبي خليلا من أمته وإن خليلي عثمان. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesungguhnya setiap Nabi mempunyai Khalil (kekasih). Dan kekasih aku adalah Uthman. STATUS Batil KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis …

Orang yang paling hampir dengan kedudukan kenabian ialah ahli ilmu dan ahli jihad

TEKS BAHASA ARAB أقرب الناس من درجة النبوة أهل العلم والجهاد TEKS BAHASA MALAYSIA Orang yang paling hampir dengan kedudukan kenabian ialah ahli ilmu dan ahli jihad. STATUS Sanadnya lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 20. Berikut adalah komentar beliau …

Ya, dia adalah seorang nabi, seorang rasul

TEKS BAHASA ARAB نعم ؛ نبيا رسولا، يكلمه الله قبيلا – يعني – عيانا – فقال : اسكن أنت وزوجك الجنة. TEKS BAHASA MALAYSIA Ya, dia adalah seorang nabi, seorang rasul. Dia berbicara dengan Allah bersemuka, yakni bertemu muka, lalu Dia berfirman: Tinggallah kamu dan isterimu di syurga. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin …

Tidak akan wafat seseorang Nabi sehingga dia diimamkan oleh seseorang daripada kaumnya

TEKS BAHASA ARAB لم يمت نبي حتى يؤمه رجل من قومه. TEKS BAHASA MALAYSIA Tidak akan wafat seseorang Nabi sehingga dia diimamkan oleh seseorang daripada kaumnya. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di …

Allah melindungi kalian daripada tiga keadaan

TEKS BAHASA ARAB إن الله أجاركم من ثلاث خلال: أن لا يدعو عليكم نبيكم فتهلكوا جميعا، وأن لا يظهر أهل الباطل على أهل الحق، وأن لا تجتمعوا على ضلالة. TEKS BAHASA MALAYSIA Allah melindungi kalian daripada tiga keadaan; bahawa Nabi kalian tidak mendoakan (keburukan) atas kalian lalu kalian binasa semuanya, bahawa pendukung kebatilan tidak zahir mengatasi pendukung kebenaran, serta kalian …