Berinai pada hari Asyura dan juga berjabat tangan pada hari tersebut

TEKS BAHASA ARAB الخضاب يوم عاشوراء، والمصافحة فيه. TEKS BAHASA MALAYSIA Berinai pada hari Asyura dan juga berjabat tangan pada hari tersebut. STATUS Dusta KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Mar’i Ibn Yusuf al-Karmi (m.1033H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Mawḍū‘ah Fī Al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah, di halaman 75-76, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau …

Kelebihan empat rakaat dengan membaca al-Fatihah

TEKS BAHASA ARAB فضل أربع ركعات بالفاتحة والإخلاص خمسين مرة يوم عاشوراء. TEKS BAHASA MALAYSIA Kelebihan empat rakaat dengan membaca al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas sebanyak lima puluh kali pada hari ‘Asyura. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut …

Pada hari ‘Asyura, ada solat sebanyak empat puluh rakaat

TEKS BAHASA ARAB يوم عاشوراء أربعين ركعة بعد الظهر في كل ركعة آية الكرسي عشر مرات والإخلاص إحدى عشرة ركعة والمعوذتين خمس مرات. TEKS BAHASA MALAYSIA Pada hari ‘Asyura, ada solat sebanyak empat puluh rakaat yang ditunaikan selepas solat Zohor. Pada setiap rakaat dibaca ayat Kursi sepuluh kali, Surah al-Ikhlas sebanyak sebelas kali dan al-Mu’awwizatain (Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) …

Barang siapa yang bercelak dengan al-ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB من اكتحل بالإثمد يوم عاشوراء لم يرمد أبدا. TEKS BAHASA MALAYSIA Barang siapa yang bercelak dengan al-ithmid (sejenis celak) pada hari Asyura, maka dia tidak akan terkena penyakit mata buat selama-lamanya. STATUS Palsu KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul …

Hadis memberi makan dan bercelak pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته. TEKS BAHASA MALAYSIA Sesiapa yang memberikan keluasan ke atas keluarganya pada hari Asyura maka Allah akan memberikan keluasan padanya sepanjang tahun. STATUS Lemah KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf …