Kitab Tanzih Al-Shari’ah merupakan kitab bidang ilmu hadis dalam bahasa Arab yang menghimpunkan hadis-hadis yang palsu dan dusta (853 halaman). Projek terjemahan ini dijangka mengambil masa 9 bulan (100 halaman/sebulan) untuk diterjemahkan dengan melantik penterjemah, editor dan update data.Anggaran Kos keseluruhan ialah RM 13, 383.

Tentang kitab ini secara ringkas

كتاب في علم مصطلح الحديث الشريف، متخصص في قسم خاص وهو الموضوع والمكذوب لخص فيه مصنفه كتب شيخه السيوطي التي ألفها حول كتاب الموضوعات لابن الجوزي ، وهي : اللآلىء المصنوعة في الأحاديث الموضوعة، وكتاب النكت البديعات، حيث قام السيوطي فيهما بالاختصار والتعقيب على ابن الجوزي، وهذا الكتاب هو تلخيص لهذه المؤلفات حيث بالغ في اختصارها وتهذيبها وذكر في البداية سردا لأسماء المتهمين بالوضع والكذب من الرواة مرتبا ذلك على حروف المعجم . ثم ذكر الأحاديث الموضوعة مرتبة على الكتب والأبواب وبين درجتها وسبب وضعها

Kitab ini adalah karya Ibn Iraq Al-Kinani, (ada juga yang menyebut Ibn ‘Arraq Al-Kinani). Dalam kitab ini, Ibn Iraq membuat ringkasan dari kitab-kitab guru beliau Al-Suyuti tentang Kitab Al-Mawdu’at karya Ibn Al-Jawzi, iaitu Kitab Al-Laali’ Al-Masnu’ah fi Al-Ahadith Al-Mawdu’ah dan Kitab Al-Nukat Al-Badi’at. Al-Suyuti telah membuat ringkasan dan ta’qib terhadap Ibn Al-Jawzi. Manakala Ibn Iraq, meringkaskan karya tersebut dan beliau menyusunnya dengan:

  1. tambahan senarai nama perawi-perawi yang tertuduh mereka-reka hadis dan berdusta, disusun mengikut susunan abjad, pada permulaan kitab
  2. senarai hadis dikelaskan mengikut kitab dan bab serta dinyatakan statusnya dan punca pemalsuannya.

Anggaran Kos

  • Upah Terjemah (RM8 x 853 halaman = RM6824)
  • Upah Suntingan (RM3 x 853 halaman = RM2559)
  • Upah Masukan Data (RM1 x 2000 data (anggaran bilangan hadis) = RM2000)
  • Upah Masukan Data Perawi (RM1 x 2000 data (anggaran bilangan nama perawi) = RM2000)

Laporan Kemajuan

3 Ogos 2018: Serahan kerja suntingan kepada penyunting baru. Fail terjemahan boleh diakses di sini.

30 April 2018: Editor tarik diri kerana kekangan masa

29 April 2018: Editor Malaha mendapati ada ketinggalan terjemahan. Solusi: upah editor untuk terjemah yang tertinggal

8 April 2018: Serahan kemaskini nama fail kepada Malaha

5 April 2018: Malaha minta kemaskini nama fail

28 Mac 2018: Serahan pembetulan yang diminta oleh Malaha 

12 September 2017: Serahan hasil terjemahan oleh tiga penterjemah kepada pihak Malaha Press untuk suntingan dan cetakan

8 September 2017: Serahan terjemahan diterima dari penterjemah akhir

24 Julai 2017: Serahan terjemahan diterima dari dua orang penterjemah

1 Julai 2017: Penterjemah gantian ditemui

28 June 2017: Seorang penterjemah menarik diri 

30 Mei 2017: Proses Terjemahan dijangka mengambil masa lebih dari tempoh yang ditetapkan

5 Mei 2017: Fasa pertama dilancarkan untuk terjemah 99 halaman pertama. Semakhadis.com telah melantik 3 orang penterjemah untuk terjemah 99 halaman dalam masa 1 bulan. Kos Upah Terjemahan : RM8 x 99 halaman = RM792

 

Senarai Hadis