Sultan adalah bayang-bayang Allah di bumiNya

السُّلْطَانُ ظِلُّ اللهِ فِي أَرْضِهِ ، مَنْ نَصَحَهُ هُدِيَ ، وَمَنْ غَشَّهُ ضَلَّ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 Sultan adalah bayang-bayang Allah di bumiNya, sesiapa yang menasihatinya, maka dia telah mendapatkan petunjuk dan sesiapa mengkhianatinya maka ia telah tersesat.

 …

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf maudhu’ (palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Syaukani di dalam kitabnya Al-Fawaid Al-Majmu’ah, m/s 623.
  • Imam Al-Fattani di dalam kitabnya Tadzkiratu Al-Maudhu’at, m/s 182.
  • Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Al-Silsilah Al-Ahadis Al-Dhaifah, jilid 1, m/s 687.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

Sheikh Al-Albani menyatakan hadis ini palsu. Pada sanad hadis ini terdapat dua orang pemalsu hadis iaitu :

  1. Yahya bin Maimun: Imam Ad-Daraquthni menyatakan bahawa dia adalah pendusta dan hadisnya ditinggalkan
  2. Dawud bin al-Mahbar: Imam Al-’Uqaili menyatakan bahawa hadisnya ditinggalkan dan ia tidak terpelihara

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki