Setiap bani adam dinisbahkan kepaada keturunan ayah-ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah

TEKS BAHASA ARAB

TEKS BAHASA MALAYSIA

Setiap bani adam dinisbahkan kepaada keturunan ayah-ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah. Sesungguhnya aku adalah ayah mereka, dan keturunan mereka

STATUS

Lemah (ضعيف)

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Berikut adalah soalan yang diterima oleh Tim Semakhadis.com. Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan jawapannya,

Soalan:

Tolong checkkan status hadis2 dibawah. Alf syukr

1)Semua Bani Adam (manusia) mempunyai ikatan keturunan dari ayah,
kecuali anak-anak Fathimah, maka akulah ayah mereka dan akulah Asobah
mereka (ikatan keturunan mereka).” (HR. At Tobroni dan Abu Ya’la)

Jawapan:

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir (3/44, 22/423), Abu Ya’la al-Muusili di dalam Musnadnya (12/6741), al-Khatib di dalam Tarikh Baghdad (11/285) dengan lafaz:

“Setiap bani adam dinisbahkan kepaada keturunan ayah-ayah mereka kecuali anak-anak Fatimah, Sesungguhnya aku adalah ayah mereka, dan keturunan mereka”,

melalui 2 jalur:

  1. Dari Muhammad ibn Yahya al-Ghallabi dari Bisyr ibn Mahran dari Syuraik ibn Abdillah dari Syabib ibn Gharfadah, dari al-Mustadzil ibn Husain dari Umar secara Marfu’. Status sanad ini tersangat lemah kerana adanya perawi yang tidak boleh dijadikan ujjah iaitu:
    • Muhammad ibn Yahya al-Ghallabi: Dia dihukum sebagai pemalsu hadis oleh Ulama hadis
    • Syarik ibn Abdullah. Dia merupakan perawi yang mempunyai hafazan yang buruk
    • Bisyr ibn Mahran . Abu Hatim tidak berhujah dengan hadisnya (Lihat: al-Silsilah al-Ahadith al-Dhaiefah wa al-Maudu’ah oleh al-Albani 9/105)
  2. Dari Uthman Ibn Abi Syaibah dari Jarir dari Syahibah ibn Nu’amah dari Fatimah binti Husain dari datuknya Fatimah al-Kubra secara Marfu’. Status sanad ini juga dhaif kerana adanya Syaibah ibn Nua’amah. Dia dihukum dhaif oleh Ulama hadith antaranya Ibn Ma’in. Selain itu riwayat Fatimah binti Husain dari datuknya juga terputus (Lihat: al-Maqasid al-Hasanah oleh al-Sakhawi 1/514).

Kerana itu, hadis ini dihukum dhaif, oleh para Ulama hadis antaranya:

  1. al-Munawi (Faidh al-Qadir 5/17)
  2. al-Haithami (9/172)
  3. Ibn al-Jauzi (al-‘Ilal al-Mutanahiah 1/258).

Hadis ini terdapat syawahid yang menyokongnya daripada hadis Jabir yang meriwayatkan dari Nabi s.a.w baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah menjadikan keturunan setiap nabi itu terdapat pada Sulbi mereka, dan Dia menjadikan keturunanku terdapat pada Sulbi Ali.”

Lafaz ini diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam Mu’jamnya (3/43) dan al-Hakim di dalam Mustadrak (3/164) dari jalur Qasim ibn Abi Syaibah dari Yahya ibn al-Ala’ al-Razi dari Jaafar ibn Muhammad dan Ayahnya dari Jabir.

RUJUKAN

  • Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī. (1996). Silsilah al-Aḥādīth al-Ṣaḥīḥah wa Shay’ min Fiqhihā wa fawā’idihā. Riyāḍ: Maktabah al-Ma‘ārif.
  • Muḥammad bin ‘Abd Al-Raḥmān Al-Sakhāwī. (1985). Al-Maqāṣid Al-Ḥasanah Fī Bayān Kathīr Min Al-Ahādīth Al-Mushtahirah ‘Ala Al-Alsinah. (A.-K. Muḥammad ‘Uthmān, Ed.). Bayrūt: Dār al-Kitāb al-‘Arabī.

MAKLUMAN

Penyelidikan ini telah biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Lihat Projek Semak Hadis untuk himpunan soal jawab status hadis.