Sesungguhnya seorang hamba akan diberikan kitabnya pada hari Kiamat, lalu akan dilihat pada kitabnya itu kebaikan-kebaikan yang tidak pernah dia lakukan

Teks Bahasa Arab

إِنَّ الْعَبْدَ لَيُعْطَى كِتَابَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْشُورًا، فَيُرِيهِ فِيهِ حَسَنَاتٍ لَمْ يَعْمَلْهَا فَيَقُولُ: رَبِّ، لَمْ أَعْمَلْ هَذِهِ الْحَسَنَاتِ فَيَقُولُ: إِنَّهَا كُتِبَتْ بِاغْتِيَابِ النَّاسِ إِيَّاكَ. وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيُعْطَى كِتَابَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْشُورًا، فَيَقُولُ: رَبِّ، أَعْمَلُ حَسَنَةً يَوْمَ كَذَا وَكَذَا؟ فَيُقَالُ لَهُ: مُحِيَتْ عَنْكَ بِاغْتِيَابِكَ النَّاسَ “

Teks Bahasa Malaysia

Sesungguhnya seorang hamba akan diberikan kitabnya pada hari Kiamat, lalu akan dilihat pada kitabnya itu kebaikan-kebaikan yang tidak pernah dia lakukan. Lalu dia berkata: Tuhan ku, aku tidak pernah melakukan kebaikan-kebaikan ini. Allah menjawab: Sesungguhnya ia tertulis kerana umpatan-umpatan manusia kepada kamu. Sesungguhnya seorang hamba akan diberikan kitabnya pada hari kiamat, lalu dia berkata: Tuhanku, aku ada melakukan amal kebaikan pada hari itu dan ini? Lalu dikatakan kepadanya: Ia dihapuskan daripada mu disebabkan umpatan engkau kepada manusia.

Status
  • Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Soalan ini telah sampai ke emel semakhadis.com, kami minta Al-Kahfi Services membuat penyelidikan tentangnya. 

Diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan

terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak

pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai

Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan

aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan

(pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

 

Jawapan:

 

Hadis di atas diriwayatkan oleh Al-Kharaithi dalam Masawi’ al-Akhlak (191) dan Al-Asbahani dalam At-Targhib wa at-Tarhib (2250); kedua-duanya daripada jalan Ibn al-Sammak daripada Al-Hasan bin Dinar daripada Khusaib bin Jahdar daripada Rasyid bin Sa’ad daripada Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda:

 

إِنَّ الْعَبْدَ لَيُعْطَى كِتَابَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْشُورًا، فَيُرِيهِ فِيهِ حَسَنَاتٍ لَمْ يَعْمَلْهَا فَيَقُولُ: رَبِّ، لَمْ أَعْمَلْ هَذِهِ الْحَسَنَاتِ فَيَقُولُ: إِنَّهَا كُتِبَتْ بِاغْتِيَابِ النَّاسِ إِيَّاكَ. وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيُعْطَى كِتَابَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْشُورًا، فَيَقُولُ: رَبِّ، أَعْمَلُ حَسَنَةً يَوْمَ كَذَا وَكَذَا؟ فَيُقَالُ لَهُ: مُحِيَتْ عَنْكَ بِاغْتِيَابِكَ النَّاسَ “

Sesungguhnya seorang hamba akan diberikan kitabnya pada hari Kiamat, lalu akan dilihat pada kitabnya itu kebaikan-kebaikan yang tidak pernah dia lakukan. Lalu dia berkata: Tuhan ku, aku tidak pernah melakukan kebaikan-kebaikan ini. Allah menjawab: Sesungguhnya ia tertulis kerana umpatan-umpatan manusia kepada kamu. Sesungguhnya seorang hamba akan diberikan kitabnya pada hari kiamat, lalu dia berkata: Tuhanku, aku ada melakukan amal kebaikan pada hari itu dan ini? Lalu dikatakan kepadanya: Ia dihapuskan daripada mu disebabkan umpatan engkau kepada manusia. (Ini lafaz riwayat Al-Kharaithi).

 

Shaikh al-Albani dalam Al-Silsilah Al-Dhaifah (5261) berkata: Aku berkata: Hadis ini palsu. Kecacatannya adalah perawi bernama Al-Khusaib dan Al-Hasan. Kedua-duanya tertuduh sebagai pemalsu hadis.

 

Yang pertama (iaitu Al-Khusaib ): Beliau diklasifikasikan sebagai pendusta oleh Syu’bah bin al-Hajjah, Yahya bin Sa’id Al-Qattan dan Yahya bin Ma’in. Imam al-Bukhari dan Ibn al-Jarud menyatakan beliau pendusta.

 

Yang kedua (iaitu Al-Hasan bin Dinar): Beliau diklasifikasikan sebagai pendusta oleh Imam Ahmad dan Yahya bin Ma’in. Begitu juga Imam Abu Hatim dan Abu Khaitsamah menyatakan beliau pendusta.

Rujukan
  • Masawi’ al-Akhlak wa Mazmumuha, Imam Abu Bakar Muhammad bin Ja’far bin Sahl al-Kharaithi
  • At-Targhib wa At-Tarhib, Abu al-Qasim Ismail bin Muhammad bin al-Fadhl al-Asbahaniy
  • Al-Silsilah Al-Dhaifah, Al-Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani
Makluman

Maklumat penyelidikan ini merupakan hasil dari sumbangan dari orang ramai. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat mereka dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!