Sesungguhnya pada hati terdapat karat seperti karat pada besi

لِلْقُلُوْبِ صَدْأٌ كَصَدْأِ الْحَدِيْدِ وَجَلاَؤُهَا اْلاِسْتِغْفَارُ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 “Sesungguhnya pada hati terdapat karat seperti karat pada besi, dan yang mengilapkannya adalah istighfar”

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf Maudhu’ (Palsu).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

 Imam  Ibn ‘Adi di dalam kitabnya Al-Kamil, m/s 346.

-Imam Al-Baihaqi di dalam kitabnya Syu’ab al-Iman, m/s 364.

-Imam Al-Suyuthi di dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Shaghir, jilid 1, m/s 4776.

 

  KETERANGAN ULAMA HADIS:

-Imam Ibn ‘Adiy menyatakan hadis ini tidak terpelihara.

-Imam Al-Haithami menyatakan pada sanadnya terdapat perawi bernama Al-Walid bin Salamah dan beliau adalah pendusta.

 

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki