Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan di syurga

إنَّ الرجُلَ إذا ماتَ بِغيرِ مَولِدِهِ ، قِيسَ له من مَولِدِهِ إلى مُنْقَطَعِ أثَرِهِ في الجنةِ

Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan di syurga jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempat terputus kesannya (tempat dia meninggal dunia).

Status Hadis oleh Para Ulama

  • “Hasan” – Al-Albani dalam Sahih Al-Jaami’ (1616)
  • “Boleh jadi, [hadis ini syaz] dan matannya terdapat satu keganjilan” – Ibn Baaz dalam Masaa-il Al-Imaam Ibn Baz (281)
  • “[Padanya terdapat] Huyay bin Abdillah, [beliau] bukanlah orang yang [diterima riwayatnya secara muktamad] dan hadis tersebut tidak terpelihara” – An-Nasa-i dalam As-Sunan Al-Kubra (1971)

Huyay bin Abdillah Al-Ma’afiri Al-Misri

Berikut adalah komentar para ulama -rahimahumullah- tentang perawi yang disebut oleh Imam An-Nasa-i rahimahullah di atas:

  • Kata Al-Bukhari: “فيه نظر”
  • Kata Ibn Ma’in: “ليس به بأس”
  • Kata An-Nasa-i: “ليس بالقوي”
  • Kata Ahmad: “أحاديثه مناكير”
  • Kata Ibn ‘Adi: “أرجو أنه لا بأس به إذا روى عنه ثقة” namun Az-Zahabi menyangkalnya dengan berkata “ما أنصفه ابن عدي”
  • At-Tirmizi menghasankan beliau dari Abi Abdirrahman Al-Hubuliyy dari Abi Ayyub, rujuk Mizan Al-I’tidal (1/623)