Sesungguhnya Allah Taala menciptakan Arasy untuk menzahirkan kekuasaan-Nya, bukan sebagai tempat untuk Zat-Nya

TEKS BAHASA ARAB

قال امير المؤمنين على رضي الله عنه إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah Taala menciptakan Arasy untuk menzahirkan kekuasaan-Nya, bukan sebagai tempat untuk Zat-Nya.

STATUS

Ucapan ‘Ali bin Abi Talib RA tanpa sanad

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kajian telah dijalankan oleh pihak Pseudo Hadis. kata mereka:

HADIS PALSU DAN LEMAH DI MEJA PENCERAMAH
SIRI 33

Tujuan Allah Mencipta Arasy

Penceramah: Abdul Somad (Indonesia)

TEKS ASAL

قال امير المؤمنين على رضي الله عنه إن الله تعالى خلق العرش إظهارًا لقدرته لا مكانا لذاته

Telah berkata Amirul Mukminin ‘Ali RA: Sesungguhnya Allah Taala menciptakan Arasy untuk menzahirkan kekuasaan-Nya, bukan sebagai tempat untuk Zat-Nya.

SUMBER

Ucapan ‘Ali bin Abi Talib RA dinyatakan oleh Abu Mansur al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq Bayn al-Firaq tanpa menyatakan sanad mahupun sumber primernya.

Rujuk al-Baghdadi, Abu Mansur ‘Abd al-Qahir bin Tahir, al-Farq Bayn al-Firaq wa Bayan al-Firqah al-Najiah
– Cetakan 1: (Beirut: Dar al-Afaq al-Jadidah, 1977) halaman 321.
– Cetakan 2: Tahqiq Muhammad Muhy al-Din ‘Abd al-Hamid (Kaherah, Maktabat al-Madani, t.t) halaman 333.
– Cetakan 3: Tahqiq Muhammad ‘Uthman al-Khasht (Mesir: Maktabat Ibn Sina, t.t) 287.

PENILAIAN

Ucapan ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menafikan sifat Istiwa’ Allah di atas ‘Arasy kerana:

1. Kitab al-Farq Bayn al-Firaq bukan sumber primer bagi hadith atau athar.

2. Abd al-Qahir al-Baghdadi bukan tergolong daripada kalangan ulama hadith, tetapi Ahli Kalam.

3. Ucapan ‘Ali RA tidak diriwayatkan dengan sanad atau rujukan kepada sumber primernya.

4. Ucapan ‘Ali RA tidak dijumpai dalam mana-mana kitab hadith Ahli Sunnah.

KESIMPULAN

Asyairah menolak hadith Ahad dalam permasalahan aqidah. Adakah kerana mempertahankan takwilan itu, Abdul Somad terpaksa berpaut dengan athar yang tiada asal? Atau berhujah dengan syair Akhthal, seorang ahli syair Kristian?

LINK ASAL DI YOUTUBE:
https://www.youtube.com/watch?v=r5MTZUZneBw

RUJUKAN

  • Pseudo Hadis. (2017, September 6). HADIS PALSU DAN LEMAH DI MEJA PENCERAMAH SIRI 33. HADIS PALSU DAN LEMAH DI MEJA PENCERAMAH. Facebook. Retrieved November 28, 2017, from https://www.facebook.com/pseudohadis/videos/276185546204184/

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil kerja pasukan sukarelawan Semakhadis.com untuk memasukkan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Pasukan Penyelidik, Pseudo Hadis. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat mereka. Aamiin! Ingin jadi sukarelawan semakhadis.com? Hubungi kami di admin@semakhadis.com.