Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق السموات والأرض يوم عاشوراء

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi pada hari Asyura

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَنَحْنُ نُنَبِّهُ عَلَى أُمُورٍ كُلِّيَةٍ يعرف بِهَا كَوْنُ الْحَدِيثُ مَوْضُوعًا:

Dan kami berikan amaran terhadap perkara-perkara umum [yang melaluinya] dikenali dengannya keadaan hadis yang palsu. (Di dalam buku ini akan dijelaskan beberapa ciri umum hadis palsu.)[1]

وَمِنْهَا تَكْذِيبُ الْحِسِّ لَهُ

Antara ciri-ciri hadis palsu juga ialah terdapat pendustaan yang jelas[2] …

Selepas menyebutkan ciri-ciri pertama untuk mengenali hadis palsu, seterusnya beliau menyebut beberapa contoh antaranya,

Antara lain adalah hadis:

إِنَّ اللهَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ

“Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi pada hari Asyura.”[3]


 

[1] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 50.
[2] Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf, hal. 51.
[3] Direkodkan oleh Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at: 2/567. Beliau berkata: Tiada syak bagi orang yang berakal bahawa ia adalah palsu.

RUJUKAN

  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. ?.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. ?.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!