Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat

إِنِّي تَارِكٌ فِيكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوا بَعْدِي أَحَدُهُمَا أَعْظَمُ مِنَ الآخَرِ كِتَابُ اللَّهِ حَبْلٌ مَمْدُودٌ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأَرْضِ وَعِتْرَتِي أَهْلُ بَيْتِي وَلَنْ يَتَفَرَّقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَىَّ الْحَوْضَ فَانْظُرُوا كَيْفَ تَخْلُفُونِي فِيهِمَا

Sesungguhnya aku tinggalkan untuk kalian dua pusaka yang berat iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Ahl al-Baytku (keluargaku). Jika kalian berpegang teguh dengannya maka tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Sungguh keduanya tidak akan pernah saling berpisah hingga kelak akan berjumpa denganku di telaga Al-Haudh

Hadis ini telah diriwayatkan oleh:

  • Al-Imam al-Tirmizi di dalam Sunannya (3786) dan (3788) di bawah Kitab al-Manaqib.
  • Al-Imam al-Nasa’ie di dalam Sunan al-Kubra (8148) dan (8464).
  • Al-Hakim di dalam Mustadraknya (4711) seraya berkata: hadis ini sahih sanadnya mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim.
  • Dikeluarkan juga oleh al-Imam al-Tabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (2678), (2679), (2680), (4980). Di dalam Mu’jam al-Awsat (5536).

 

Komentar terhadap hadis:

Syeikh Nasiruddin al-Albani Rahimahullah menghukumkan hadis ini Sahih di dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah (1750) setelah menilainya dengan jalan-jalan sanad yang lain. Wallahu a’lam.

 

Sumber:

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-2: KELEBIHAN AHLI BAYT NABI SAW DENGAN BAHTERA NUH