Sesungguhnya Abdul Muttalib yang mengkhitankan Nabi

Teks Arab

عن ابن عباس أن عبد المطلب ختن النبي صلى الله عليه وسلم يوم سابعه وجعل له مأدبة وسماه محمداً صلى الله عليه وسلم

Teks Bahasa Melayu

Daripada Ibn Abbas katanya: Sesungguhnya Abdul Muttalib yang mengkhitankan Nabi صلى الله عليه وسلم pada hari ketujuh kelahirannya, dan dia menyediakan makanan (kenduri) dan menamakannya Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Status

Lemah

Komentar terhadap hadis

Hadis ini daif disebabkan dua illah (cacat):

  1. Ia diriwayatkan oleh Muhammad bin Abi al-Sariyy. Beliau daif pada Abu Hatim dan Ibn Adiyy. Ibn Hajar menyatakan beliau soduq tetapi mempunyai kesilapan (صدوق له أوهام).  Barangkali hadis ini antara kesilapan beliau. (Rujuk: al-Jarh wa Ta’dil, jld. 8, hlm. 105, al-Kamil, jld. 6, hlm. 123, Taqrib al-Tahzib, jld. 2, hlm. 504)
  2. Hadis ini tidak diriwayatkan dengan jalur lain. Maknanya beliau bertafarrud dalam meriwayatkan hadis ini. (Rujuk: al-Tamhid, jld. 21, hlm. 61)

Rujukan

  1. al-Jarh wa Ta’dil, jld. 8, hlm. 105
  2. al-Kamil, jld. 6, hlm. 123,
  3. Taqrib al-Tahzib, jld. 2, hlm. 504
  4. al-Tamhid, jld. 21, hlm. 61

Sumber

Kajian Dr Rozaimi

Lihat juga:

Blog Dr Rozaimi, Fiqh Al-Sunnah