Sesiapa yang tidak redha dengan keputusan Ku, dan tidak sabar terhadap ujian (bala’) Ku maka hendaklah dia mencari tuhan selain Ku

قَالَ اللهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مَنْ لَمْ يَرْضَ بِقَضَائِيْ وَيُصْبِرْ عَلَى بَلاَئِيْ، فَلْيَلْتَمْسْ رَبّاً سِوَائِيْ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Allah tabaraka wa ta’ala berfirman; Sesiapa yang tidak redha dengan keputusan Ku, dan tidak sabar terhadap ujian (bala’) Ku maka hendaklah dia  mencari tuhan selain Ku.

 

DARJAT HADIS

Hadis ini bertaraf dhaif jiddan (sangat lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Ibnu Hajar Al-Haithami di dalam kitabnya Majma’ al-Zawa’id, jilid  7, m/s 207.
  • Imam Al-Fattani di dalam kitabnya Tazkirat Al-Maudhu’at, m/s 189.
  • Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi di dalam kitab Takhrij Al-Ihya, jilid 1, m/s 1712.
  • Imam Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu Al-Khafa’, jilid 2, m/s 118.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:             

  • Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi menyatakan hadis ini sanadnya dhaif.
  • Imam Ibnu Hajar Al-Haithami menyatakan bahawa pada sanad hadis ini ada seorang bernama Said bin Ziyad bin Hindun yang mana hadis beliau ditinggalkan

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki