Sesiapa yang tidak membezakan tiga perkara, maka tidak ada baginya bahagian pun dari kumpulan

TEKS BAHASA ARAB

 [حَدِيثٌ] ” مَنْ لَمْ يُمَيِّزْ ثَلاثَةً فَلَيْسَ لَهُ فِي الْجَمَاعَةِ نَصِيبٌ مَنْ لَمْ يُمَيِّزِ الْعَمَلَ مِنَ الإِيمَانِ وَالرِّزْقَ مِنَ الْعَمَلِ وَالْمَوْتَ مِنَ الْمَرَضِ “

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak membezakan tiga perkara, maka tidak ada baginya bahagian pun dari kumpulan, siapa yang tidak membezakan amal daripada iman dan rezeki daripada amal dan maut daripada sakit

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Iraq Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah (kitab yang menghimpunkan hadis-hadis palsu),

Imam Ibnu Jauzi menyatakan bahawa hadith ini palsu dan padanya ada 4 perawi yang ditinggalkan hadithnya yaitu al-Juwaibari,Salamah,Bakar dan Aban ( al-Maudhu’at 1/134)

Imam al-suyuthi juga menyatakan bahawa hadith ini palsu ( al-Laie al-Masnu’ 1/43)

RUJUKAN

  • ‘Alī bin Muḥammad, Ibn. ‘Irāq al-Kinani. (1399). Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah ‘an al-Akhbār al-Shanī‘ah al-Mawdū‘ah. (‘Abd al-Wahhāb ‘Abd Al-Laṭīf & ‘Abd Allāh Muḥammad al-Ṣiddīq Al-Ghummārī, Eds.). Bayrūt: Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Tanzih yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Sekiranya ada kesilapan (terjemahan, fakta, dll.) mohon maklumkan kepada kami di admin@semakhadis.com.