Sesiapa yang takut kepada Allah maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya

مَنْ خَافَ اللهَ خَوَّفَ اللهُ مِنْهُ كُلَّ شَيْءٍ ، وَمَنْ لَمْ يَخْفَ اللهَ خَوَّفَهُ اللهُ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesiapa yang takut kepada Allah maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Sesiapa yang tidak takut kepada Allah maka Allah akan menjadikannya takut kepada segala sesuatu”

 

DARJAT HADIS

  • Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Al-Hafiz Al-’Iraqi di dalam kitabnya Takhrij al-Ihya’, jilid  2, m/s 145.
  • Imam Al-Fattani di dalam kitabnya Tadzkiratu Al-Maudhu’at m/s 20
  • Ima Al-’Ajluni di dalam kitabnya Kasyfu al-Khafa’ jilid 2 m/s 375
  • Sheikh Al-Albani di dalam kitabnya Silsilah al-ahadis al-Dhaifah jilid 1 m/s 697

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

  • Imam Al-Fattani menyatakan hadis ini mungkar.
  • Imam Al-Hafiz Al-Munziri menyatakan bahawa jika hadis ini disandarkan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam maka ia mungkar.
  • Sheikh Al-Albani menyatakan sanad hadis ini juga mungkar.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki