Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku

مَنْ تَعَمَّدَ عَلَيَّ كَذِبًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku, maka dia akan menempah tempat duduknya dari neraka

Semakan Tim Semakhadis

Hadis ini sahih, muttafaq alayhi iaitu ia diriwayatkan oleh al-Bukhari¹ dan Muslim² dari sahabat yang sama, iaitu Anas bin Malik.

  1. Al-Bukhari meriwayatkannya dari Abu Ma’mar dari ‘Abd al-Warith dari ‘Abd al-‘Aziz dari Anas bin Malik dari Rasul Allah sal Allah ‘alayhi wa sallam.
  2. Muslim meriwayatkannya dari Zuhayr bin Harb dari Isma’il bin ‘Ulayyah dari ‘Abd al-‘Aziz bin Suhayb dari Anas bin Malik dari Rasul Allah sal Allah ‘alayhi wa sallam.

¹ Ṣahīh al-Bukhārī, Kitāb al-‘Ilm, Bāb Ithm Man Kazaba ‘Ala al-Nabiyyi Ṣalla Allāh ‘Alayhi Wa Sallam, nombor 108.

² Ṣahīh Muslim, Muqaddimah al-Imām Muslim Raḥimahu Allāh, Bāb Fī al-Taḥdhīr Min al-Kazib ‘Ala Rasūl Allāh Ta’āla ‘Alayhi Wa Sallam, nombor 2.