Sesiapa yang menulis bismillahirrahmannirrahim dan tidak menyamarkan huruf ha pada kalimah Allah

Teks Bahasa Arab

مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَلَمْ يُعْمِ الْهَاءَ الَّتِي فِي اللهِ تَعَالَى كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa yang menulis bismillahirrahmannirrahim dan tidak menyamarkan huruf ha pada kalimah Allah, maka Allah akan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan dihapuskan daripadanya sejuta keburukan dan diangkat darjatnya sejuta darjat.

Status
  • Palsu
Komentar Ulama

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif

وَمِنْ ذَلِكَ مَا رَوَاهُ عَبَّاسُ بْنُ الضَّحَّاكِ الْبَلْخِيُّ كَذَّابٌ أَشَرٌّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الرَّمَّاحِ مَجْهُولٌ لا يُعْرَفُ عَنْ أَبِي مُعَاوِيَةَ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

Termasuk juga contoh hadis palsu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abbas bin ad-Dhahhak al-Balkhi – seorang pendusta yang sangat jahat daripada – dari ‘Abd Allah bin Umar bin Al-Rammah  -seorang yang tidak dikenali (majhul) – daripada Abu Muawiyyah daripada al-A’masy daripada Abu Salih daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, 

مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ وَلَمْ يُعْمِ الْهَاءَ الَّتِي فِي اللهِ تَعَالَى كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

“Sesiapa yang menulis bismillahirrahmannirrahim dan tidak menyamarkan huruf ha pada kalimah Allah, maka Allah akan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan dihapuskan daripadanya sejuta keburukan dan diangkat darjatnya sejuta darjat.”[1]


[1]  Direkodkan oleh Ibnu Hibban di dalam kitab al-Majruhin dan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at. Beliau berkata: Hadis ini tidak sahih.

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 45-46.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 32-33.

 

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!