Sesiapa yang menimang cahaya mata baru

مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ، فَأَذَّنَ فِي أُذُنِهِ الْيُمْنَى، وَأَقَامَ فِي أُذُنِهِ الْيُسْرَى، لَمْ يَضُرَّهُ أُمُّ الصِّبْيَانِ

Dikatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Sesiapa yang menimang cahaya mata baru, hendaklah dia azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya, maka dia tidak akan diganggu jin

DARJAT HADIS

 Hadis ini bertaraf dhaif (lemah).

 

KITAB YANG MERIWAYATKAN HADIS INI

  • Imam Abu Ya’la di dalam kitabnya Musnad, jilid 4, m/s 1602.
  • Imam Ibnu Sunni di dalam kitabnya ‘Amal Al-Yaum wa Al-Lailah m/s 200.

 

KETERANGAN ULAMA HADIS:

Hadis ini terdapat banyak jalur periwayatan

  1. ‘Ashim bin Ubaidillah
    • Ibnu Hajar menilai ‘Ashim dhaif (lemah).
    • Ibnu Ma’in mengatakan ‘Ashim dhaif (lemah).
    • Imam Al Bukhari dan selainnya mengatakan bahawa ‘Ashim adalah munkarul hadis (sering membawa hadis munkar).
  2. Jubarah
    • Ibnu Hajar dan Al-Zahabi mendhaifkan beliau.
  3. Yahya bin Al ‘Alaa’
    • Ibnu Hajar menyatakan dia orang yang dituduh berdusta dan Al-Zahabi menilainya matruk.
  4. Marwan bin Salim
    • Dinilai oleh Ibnu Hajar matruk dan juga dituduh dusta.
  5. Al Hasan bin Amru
    • Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan bahawa Al-Bukhari berkata bahawa Al Hasan itu pendusta dan Al-Razi berkata Al Hasan itu matruk (harus ditinggalkan). Sehingga Al-Hafiz berkesimpulan bahawa Al Hasan ini matruk.

SUMBER

100 HADIS DHAIF DAN PALSU Yang tersebar dalam kalangan pendakwah dan masyarakat oleh AL-’ALLAMAH Al-SHEIKH ABU THARIQ AYSH IHSAN AL-’UTAIBY Terjemahan Mustafar bin Mohd Suki