Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’ maka Allah akan menanam untuknya sejuta pohon kurma di syurga yang asalnya daripada emas

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ غَرَسَ الله لَه ُأَلْفَ أَلْفِ نَخْلَةٍ فِي الْجَنَّةِ أَصْلُهَا مِنْ ذَهَبٍ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’ maka Allah akan menanam untuknya sejuta pohon kurma di syurga yang asalnya daripada emas

Status
  • Palsu
Komentar Ulama

Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif

 فَمِنْ ذَلِكَ مَا رَوَى جَعْفَرُ بْنُ جِسْرٍ عن أبيه عن ثابت عن أنس يرفعه مَنْ قَالَ:

Antara contoh hadis palsu ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ja’far bin Jasr daripada ayahnya daripada Thabit daripada Anas, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ غَرَسَ الله لَه ُأَلْفَ أَلْفِ نَخْلَةٍ فِي الْجَنَّةِ أَصْلُهَا مِنْ ذَهَبٍ

“Sesiapa yang mengucapkan ‘Subhanallah wa bihamdih’ maka Allah akan menanam untuknya sejuta pohon kurma di syurga yang asalnya daripada emas.”[i]

وَجَعْفَرٌ هَذَا هُوَ جَعْفَرُ بْنُ جِسْرِ بْنِ فَرْقَدٍ أَبُو سُلَيْمَانَ الْقَصَّابُ الْبَصْرِيُّ قَالَ ابْنُ عَدِيٍّ: “أَحَادِيثُهُ مَنَاكِيرٌ” وَقَالَ الأَزْدِيُّ: “يَتَكَلَّمُونَ فِيهِ”.

Ja’far dalam riwayat ini adalah Ja’far bin Jasr bin Farqad Abu Salman al-Qassab al-Basri. Ibnu ‘Adi berkata: “Hadis-hadisnya munkar.” Al-Azdi berkata: “Para ahli hadis membincangkannya.”[ii]

وَأَمَّا أَبُوهُ فَقَالَ يَحْيَى بْنُ مَعَينٍ: “لا شَيْءَ وَلا يُكْتَبُ حَدِيثُهُ” وَقَالَ النَّسَائِيُّ وَالدَّارَقَطْنِيُّ: “ضَعِيفٌ” وَقَالَ ابْنُ حِبَّانَ: “خَرَجَ مِنْ حَدِّ الْعَدَالَةِ” وَقَالَ ابْنُ عَدِيٍّ: “عَامَةُ أَحَادِيثِهِ غَيْرُ مَحْفُوظَةٍ”.

Adapun ayahnya (Jasr bin Farqad), Yahya bin Ma’in berkata: “Tiada nilainya. Hadisnya tidak dicatat”. An-Nasa’i dan ad-Daruqutni berkata: “Dhoif”. Ibnu Hibban berkata: “Keluar daripada had adil”. Ibnu Adi berkata: “Kebanyakkan hadis-hadisnya tidak terpelihara.”


[i]  Direkodkan oleh Ibnu Adi di dalam al-Kamil: 2/150.

[ii]  Rujuk: Mizan I’tidal: 1/403.

Rujukan

Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. . (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, halaman 31.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!