Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka Allah akan menciptakan daripada kalimah ini, seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah

Teks Bahasa Arab

مَنْ قَالَ لا إلَهَ إِلا اللهُ خَلَقَ اللهُ مِنْ تِلْكَ الْكَلِمَةِ طَائِرًا لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ لِسَانٍ لِكُلِّ لِسَانٍ سَبْعُوْنَ ألْفَ لُغَةٍ يَسْتَغْفِرُونَ اللهَ لَهُ وَمَنْ فَعَلَ كَذَا وَكَذَا أُعْطِيَ فِي الْجَنَّةٍ سَبْعِيْنَ أَلْفَ مَدِينَةٍ فِي كُلِّ مَدِينَةٍ سَبْعُونَ أَلْفَ قَصْرٍ فِي كُلِّ قَصْرٍ سَبْعُونَ أَلْفَ حَوْرَاءَ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka Allah akan menciptakan daripada kalimah ini, seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah mampu berbicara dalam 70,000 jenis bahasa. Setiap satunya beristighfar kepada Allah bagi orang tersebut. Sesiapa melakukan begitu dan begini maka dia akan dianugerahkan 70,000 bandar di syurga. Di setiap Bandar terdapat 70,000 istana. Di setiap istana ada 70,000 bidadari.

Status
  • Hadis Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kata Ibn al-Qayyim dalam al-Manar al-Munif,

وَنَحْنُ نُنَبِّهُ عَلَى أُمُورٍ كُلِّيَةٍ يعرف بِهَا كَوْنُ الْحَدِيثُ مَوْضُوعًا:

Dan kami berikan amaran terhadap perkara-perkara umum [yang melaluinya] dikenali dengannya keadaan hadis yang palsu. (Di dalam buku ini akan dijelaskan beberapa ciri umum hadis palsu.)

فَمِنْهَا اشْتِمَالُهُ عَلَى أَمْثَالِ هَذِهِ الْمُجَازَفَاتِ الَّتِي لا يَقُولُ مِثْلَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Antara ciri hadis palsu ialah, hadis tersebut mengandungi perumpamaan yang terlalu berlebih-lebihan (mujazafah) yang tidak pernah disebut seperti itu oleh Rasulullah sal Allah ‘alayhi wa sallam.

وَهِيَ كَثِيرَةٌ جِدًا كَقَوْلِهِ فِي الْحَدِيثِ الْمَكْذُوبِ

Hadis palsu seperti ini sangat banyak. Contohnya seperti hadis palsu berikut:

مَنْ قَالَ لا إلَهَ إِلا اللهُ خَلَقَ اللهُ مِنْ تِلْكَ الْكَلِمَةِ طَائِرًا لَهُ سَبْعُونَ أَلْفَ لِسَانٍ لِكُلِّ لِسَانٍ سَبْعُوْنَ ألْفَ لُغَةٍ يَسْتَغْفِرُونَ اللهَ لَهُ وَمَنْ فَعَلَ كَذَا وَكَذَا أُعْطِيَ فِي الْجَنَّةٍ سَبْعِيْنَ أَلْفَ مَدِينَةٍ فِي كُلِّ مَدِينَةٍ سَبْعُونَ أَلْفَ قَصْرٍ فِي كُلِّ قَصْرٍ سَبْعُونَ أَلْفَ حَوْرَاءَ

“Sesiapa yang mengucapkan Lailahaillallah, maka Allah akan menciptakan daripada kalimah ini, seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah, setiap lidah mampu berbicara dalam 70,000 jenis bahasa. Setiap satunya beristighfar kepada Allah bagi orang tersebut. Sesiapa melakukan begitu dan begini maka dia akan dianugerahkan 70,000 bandar di syurga. Di setiap Bandar terdapat 70,000 istana.Di setiap istana ada 70,000 bidadari.”

وَأَمْثَالُ هَذِهِ الْمُجَازَفَاتِ الْبَارِدَةِ الَّتِي لا يَخْلُو حَالُ وَاضِعِهَا مِنَ أحد أمرين

Lafaz pahala yang disebutkan jelas berlebih-lebihan seperti ini menggambarkan pendustanya berada dalam dua kemungkinan.

إما أن يكون في غاية الجهل والحمق

[Samada] mungkin dia berada dalam puncak kebodohan dan kedunguan

وإما أن يكون زنديقا قصد التنقيص بِالرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بإضافة مثل هذه الكلمات إليه.

[Dan] mungkin dia ialah orang kafir Zindiq yang bermaksud menghina Rasul sal Allah ‘alayhi wa sallam dengan menambah seumpama perkataan-perkataan ini terhadap [kata-kata] baginda.

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 50-51.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 41-42.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!