Sesiapa yang mengkafankan jenazah, maka setiap rambut yang mengenai kafannya akan memberikan kebaikan untuknya 10 kebaikan

Teks Bahasa Arab

مَنْ كَفَّنَ مَيِّتًا فَإِنَّ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ تُصِيبُ كَفَنَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa yang mengkafankan jenazah, maka setiap rambut yang mengenai kafannya akan memberikan kebaikan untuknya 10 kebaikan

Status
  • Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Kata Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif

وَمِنْ ذَلِكَ مَا رَوَاهُ أَبُو الْعَلاءِ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ يَرْفَعُهُ

Contoh hadis palsu yang lain ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu al-‘Ala’ daripada Nafi’ daripada Ibnu Umar (disandar kepada Rasulullah sal Allah ‘alayhi wa sallam),

مَنْ كَفَّنَ مَيِّتًا فَإِنَّ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ تُصِيبُ كَفَنَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ

“Sesiapa yang mengkafankan jenazah, maka setiap rambut yang mengenai kafannya akan memberikan kebaikan untuknya 10 kebaikan.” [1]

وأبو الْعَلاءِ هَذَا يَرْوِي عَنْ نَافِعٍ مَا لَيْسَ مِنْ حَدِيثِهِ وَلا يَجُوزُ الاحْتِجَاجُ بِهِ

Abu al-‘Ala’ meriwayatkan daripada Nafi’, hadis yang sebenar bukan berasal daripada beliau. Tidak boleh berhujah dengan hadis ini.[2]

وَهَذَا الْحَدِيثُ قَدْ رَوَاهُ الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الزَّهْرَانِيُّ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْحَجَّاجِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَلاءِ

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Hasan bin Sufyan. Beliau berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abu al-Rabi’ al-Zahrany, telah menceritakan kepada kami as-Salt bin al-Hajjaj, telah menceritakan kepada kami Abu al-‘Ala’.”

قَالَ الدَّارَقَطْنِيُّ: “يُقَالُ إِنَّ أَبَا الْعَلاءِ هَذَا الْخَفَّافُ الْكُوفِيُّ وَاسْمُهُ خَالِدُ بْنُ طَهْمَانَ”

            Ad-Daruqutni berkata: “Disebutkan Abu al-‘Ala’ ini, tidak lain adalah tukang kasut yang berasal dari Kufah, nama asalnya ialah Khalid bin Tohman.”

انْتَهَى وَقَالَ يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ: “هُوَ ضَعِيفٌ خَلَطَ قَبْلَ مَوْتِهِ بِعَشْرِ سِنِينَ وَكَانَ قَبْلُ ذَلِكَ ثِقَةٌ وَكَانَ فِي تَخْلِيطِهِ يَحْمِلُ مَا جاءوا به ويقرؤه” انتهى.

Yahya bin Ma’in berkata: “Dia perawi yang dhoif, hafalannya bercampur-campur 10 tahun sebelum kematiannya, adapun sebelumnya dia seorang yang diyakini (thiqah), dan masalah hafazannya mempengaruhi hadis yang disampaikan kepadanya dan hadis yang dia baca.”                   


[1]  Direkodkan oleh az-Zahabi di dalam al-Mizan. Beliau berkata: Hadis ini palsu.

[2]  Ini adalah kata-kata Ibnu Hibban di dalam kitab al-Majruhin: 3/149.

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 46.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 33-34.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!