Sesiapa yang mengatakan; Sesungguhnya iman itu menaik dan menurun, dia telah keluar dari perintah Allah

TEKS BAHASA ARAB

[حَدِيثٌ] مَنْ قَالَ: ” إِنَّ الإِيمَانَ يَزِيدُ وَيَنْقُصُ فَقَدْ خَرَجَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ وَمَنْ قَالَ أَنَا مُؤْمِنٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى فَلَيْسَ لَهُ فِي الإِسْلامِ نَصِيبٌ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mengatakan; Sesungguhnya iman itu menaik dan menurun, dia telah keluar dari perintah Allah, dan siapa yang mengatakan aku beriman sekiranya dikehendaki Allah Taala,maka tiada baginya pada Islam sesuatu pun

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Kata Ibn Iraq Al-Kinani dalam Tanzih al-Syariah (kitab yang menghimpunkan hadis-hadis palsu),

Imam Ibnu Iraq menyatakan hadith ini direka oleh Muhammad bin Tamim (Tanzih al-Syariah 1/150)

RUJUKAN

  • ‘Alī bin Muḥammad, Ibn. ‘Irāq al-Kinani. (1399). Tanzīḥ al-Sharī‘ah al-Marfū‘ah ‘an al-Akhbār al-Shanī‘ah al-Mawdū‘ah. (‘Abd al-Wahhāb ‘Abd Al-Laṭīf & ‘Abd Allāh Muḥammad al-Ṣiddīq Al-Ghummārī, Eds.). Bayrūt: Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini telah dimasukkan disini melalui Projek Tanzih yang biayai oleh para dermawan melalui Tabung Pembangunan Koleksi Hadis, Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja-penaja dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!

Sekiranya ada kesilapan (terjemahan, fakta, dll.) mohon maklumkan kepada kami di admin@semakhadis.com.