Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun

من أخذ من الزعفران الخالص جزءً ومن السعد جزءً
و يضاف إليهما عسلاً و يشرب منه مثقالين في كل يوم فإنه يتخوف عليه من شدة الحفظ أن يكون ساحراً

Sesiapa yang mengambil sebahagian Za’faran tulen dan Su’dun satu bahagian dicampurkan dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir

Status

Tiada Sanad

Keterangan

Riwayat ini tidak dijumpai dalam mana-mana kitab rujukan hadis. Dapatan carian dari “google” juga menunjukkan riwayat ini banyak terdapat di laman web – laman web syi’ah termasuk kitab digital mereka. Manakala dapatan carian terjemahannya pula, ia banyak dijumpai di laman web laman web perniagaan. Kemungkinan besar, ianya bertujuan untuk melariskan jualan produk mereka.

Riwayat ini disandarkan kepada seorang perawi bernama Ali. Kemungkinan ia merujuk kepada Sahabat Nabi, Ali bin Abi Talib -radhi Allah ‘anhu-. Anehnya, dalam kitab Bihar Al-Anwar oleh Al-Majlisi, nama tersebut dipasangkan dengan ungkapan doa “‘Alaihi As-Salam” iaitu ungkapan doa yang biasa digunakan untuk para Nabi.