Sesiapa yang memberikan keluasan ke atas keluarganya pada hari ‘Asyura

Teks Bahasa Arab

من وسع على عياله يوم عاشوراء أوسع الله عليه سائر سنته

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memberikan keluasan ke atas keluarganya pada hari ‘Asyura maka Allah akan memberikan keluasan padanya sepanjang tahun.

Sumber

Al-Manar al-Munif

Perawi

Status

Palsu

Ulasan Ibnu Qayyim al-Jauziyah

Antara ciri hadis palsu ialah hadis yang menggalakkan memakai celak, berhias, berlapang dada, solat pada hari ‘Asyura serta kelebihan-kelebihan lain pada hari berkenaan. Tidak ada hadis sahih yang berkaitan dengan perkara di atas. Tidak ada satu hadis sahih pun yang menyebutkannya dan tidak ada yang sabit daripada Nabi SAW padanya melainkan hadis-hadis puasa pada hari tersebut. Selain daripada itu, semuanya palsu.”

“Ahli Sunnah hanya mengerjakan apa yang diarahkan oleh Nabi SAW iaitu berpuasa di hari ‘Asyura. Ahli Sunnah meninggalkan perbuatan yang diperintahkan oleh syaitan kerana ia terkandung dalam perkara bid`ah.”

Pengkaji Hadis

Ibnu Qayyim al-Jauziyah

Rujukan

Laman Web Bicara Rasul