Sesiapa yang masuk ke pasar, kemudian dia mengucapkan, “Tiada tuhan melainkan Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya

مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ. أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

Sesiapa yang masuk ke pasar, kemudian dia mengucapkan, “Tiada tuhan melainkan Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah kerajaan dan pujian., Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup dan tidak mati, pada-Nya kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu,” maka Allah kan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan menghapus daripadanya satu juta kejahatan dan diangkat sejuta darjat.

Status

  • Ḍa’if (lemah)

Komentar Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif

 

HADIS “SESIAPA MEMASUKI PASAR.”

مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللهُ لَهُ أَلْفَ. أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ

Sesiapa yang masuk ke pasar, kemudian dia mengucapkan, “Tiada tuhan melainkan Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah kerajaan dan pujian., Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Hidup dan tidak mati, pada-Nya kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu,” maka Allah kan menuliskan baginya sejuta kebaikan dan menghapus daripadanya satu juta kejahatan dan diangkat sejuta darjat.[1]

Hadis ini cacat (lemah) sepertimana yang telah dinyatakan oleh para ulama hadis:

Imam at-Tirmizi menyatakan di dalam al-Jami’, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani’, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, telah mengkhabarkan kepada kami Azhar bin Sinan, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Wasi’, beliau berkata: “Aku pergi ke Mekah, dan bertemu dengan Salim bin Abdullah bin Umar. Lalu beliau menceritakan sebuah hadis yang beliau dengar daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ دَخَلَ السُّوقَ . . .

“Sesiapa yang masuk ke pasar … (hingga akhir hadis).”

Imam at-Tirmizi berkata: “Ini adalah hadis gharib. Ia diriwayatkan melalui ‘Amr bin Dinar iaitu Qahraman keluarga az-Zubair daripada Salim bin Abdullah. Kemudian beliau menyebutkan hadis ini.

Ahmad bin ‘Abdah al-Dhabbi telah menceritakan hadis ini kepada kami. Kata beliau, telah menceritakan hadis ini kepada Hammad bin Zaid dan al-Mu’tamir bin Sulaiman, kedua-duanya berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Amr bin Dinar iaitu Qahraman keluarga az-Zubair daripada Salim bin Abdullah daripada bapanya daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda,

مَنْ دَخَلَ السُّوقَ . . .

“Sesiapa yang masuk ke pasar … (hingga akhir hadis).”

 

Dalam riwayat ini, terdapat lafaz:

وَبَنَى لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

“…Dan dibangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

            Diriwatkan melalui jalan Abdullah bin Dinar daripada Ibnu Umar tetapi riwayat tersebut juga ma’lul (cacat).

Abdul Rahman bin Abi Hatim menyatakan di dalam kitab al-‘Ilal, aku bertanya kepada bapaku tentang hadis yang diriwayatkan Yahya bin Sulaim al-Tha’ifi daripada Imran bin Muslim daripada Abdullah bin Dinar daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang berkata ketika di pasar…” Ternyata kedua-duanya menyatakan: “Hadis ini munkar”.

Ibnu Abi Hatim berkata: “Hadis ini ada kesalahan. Imran bin Muslim sebenarnya hendak menyebut Amr bin Dinar iaitu Qahraman keluarga az-Zubair daripada Salim daripada bapanya. Kemudian beliau melakukan kesalahan dengan menggantikan Amr bin Dinar dengan Abdullah bin Dinar lalu menggugurkan Salim dalam rantaian sanad.”

Hadis ini disampaikan oleh Muhammad bin Ammar kepada kami katanya, telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Muslim, daripada Amr bin Dinar daripada Salim daripada bapanya, daripada Umar bahawa Nabi SAW bersabda sebagaimana yang telah dinyatakan.

Ibnu Majah juga meriwayatkan di dalam kitab Sunan daripada Bisyr bin Muaz al-Dharir daripada Hammad bin Zaid daripada Amr bin Dinar Qahraman al-Zubair.

Gelarannya ialah Abu Yahya al-A’war al-Basri. Yahya bin Ma’in menyatakan: (Laisa bi Syai’) “Sanadnya lemah”. An-Nasa’i dan ad-Darimi menyatakan: “Dhoif”. Abu Zur’ah menyatakan: (Wahiy al-Hadis) “Hadisnya lemah”. Ali bin al-Junaid menyatakan: “Ia mendekati matruk.” Ibnu Hibban berkata: “Tidak dibolehkan mencatat hadis-hadisnya kecuali dengan kehairanan. Beliau orang yang meriwayatkan seorang diri hadis palsu yang disangka diambil daripada para perawi yang diyakini.” Ad-Daruqutni menyatakan: “Dhoif.”

Rujukan

Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. . (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, halaman 25-27.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!


[1] Direkodkan oleh at-Tirmizi: 3428, 3429. Beliau berkata: hadis ini ganjil (gharib). Ibnu Majah: 2235. Abu Hatim berkata di dalam kitab al-ilal: Hadis ini terlalu munkar. Al-Bukhari juga berkata: Hadis Munkar. Hadis munkar ialah hadis yang tidak layak diterima bulat-bulat kerana ia hanya direkodkan oleh perawi lemah sahaja.