Sesiapa yang berterusan menunaikan solat Duha dan tidak pernah meninggalkannya

Teks Bahasa Arab

مَنْ دَاوَمَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى وَلَمْ يَقْطَعْهَا إلاَّ مِنْ عِلَّةٍ كُنْتُ أَنَا وَهُوَ فِي الْجَنَّةِ فِي زَوْرَقٍ مِنْ نُورٍ فِي بَحْرٍ مِنْ نُورٍ حَتَّى يَزُورَ رَبَّ الْعَالَمِينَ

Teks Bahasa Malaysia

Sesiapa yang berterusan menunaikan solat Duha dan tidak pernah meninggalkannya melainkan kerana bersebab, maka saya dan dia berada syurga di atas sampan yang terbuat daripada cahaya di atas lautan cahaya sehingga bertemu Allah, Tuhan alam semesta

Status
  • Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Komentar Ibn al-Qayyim dalam Al-Manar Al-Munif,

وَمِنْ ذَلِكَ حَدِيثٍ يَرْوِيهِ زَكَرِيَّا بْنُ دُوَيْدٍ الْكِنْدِيُّ الْكَذَّابُ الأَشَرُّ

Contoh lain ialah hadis yang diriwayatkan oleh Zakariya bin Duwaid al-Kindi, – seorang pendusta yang sangat jahat.

عَنْ حُمَيْدٍ الطَّوِيلِ عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

Daripada Humaid at-Towil, daripada Anas daripada Nabi SAW,

مَنْ دَاوَمَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى وَلَمْ يَقْطَعْهَا إلاَّ مِنْ عِلَّةٍ كُنْتُ أَنَا وَهُوَ فِي الْجَنَّةِ فِي زَوْرَقٍ مِنْ نُورٍ فِي بَحْرٍ مِنْ نُورٍ حَتَّى يَزُورَ رَبَّ الْعَالَمِينَ

“Sesiapa yang berterusan menunaikan solat Duha dan tidak pernah meninggalkannya melainkan kerana bersebab, maka saya dan dia berada syurga di atas sampan yang terbuat daripada cahaya di atas lautan cahaya sehingga bertemu Allah, Tuhan alam semesta.”

Rujukan
  • Muḥammad bin Abī Bakr, Ibn Qayyim al-Jawziyyah. 1390H. Al-Manār Al-Munīf fī al-Ṣahīh wa al-Ḍa‘īf tahqīq. ‘Abd al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Halab: Maktabah al-Maṭbū‘āt al-Islāmiyyah, hal. 47.
  • Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 2015. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. (Terjemahan al-Manār al-Munīf fi al-Ṣahīh wa al-Ḍa’īf) ed. Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, hal. 35.
  • Muḥammad bin Aḥmad Al-Dhahabī. (1963). Mīzān al-I’tidāl fī Naqd al-Rijāl. (‘Alī Muḥammad Al-Bajāwī, Ed.) (Vol. 4 vols). Bayrut: Dār al-Ma’rifah, jil. 2, hal. 27, no. 2874.
Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin!